Seminar Batu Bersurat 2011

Saya mengikuti seminar ini untuk hari pertama sahaja. Dari 10 kertas kerja saya sempat hadir 4 darinya sahaja bersama majlis perasmian dan ucap utama.

Sisi 1

Beberapa Info Tentang Batu Bersurat

  1. Batu ini memiliki 4 sisi. 2 Sisi ditulis dari atas ke bawah yakni sisi depan dan sisi belakang. Manakala sisi kiri dan kanan ditulis secara melintang. Yang menariknya membaca batu bersurat bermula dari depan, kemudian belakang, kemudian baharu kanan dan kiri.
  2. 2 undang-undang yang tertulis diatas batu ini ialah tentang zina dan tentang hutang.
  3. Suatu yang paling mengujakan ialah gambar pertama batu bersurat ini diambil oleh seorang juru gambar Jepun pada tahun 1923. Apa maksudnya? Jepun datang ‘melanda’ Tanah Melayu hanya pad atahun 1940-an. Ini bermakna Jepun sudah merancang lebih dari 20 tahun untuk menakluk Tanah Melayu. Adalah dipercayai lebih banyak gambar-gambar tentang keadaan geografi dan suasana Tanah Melayu ketika itu berada di Jepun.
  4. Baca sejarah ringkas batu bersurat di Tuan Guru Wikipedia.
Sisi 4 (melintang)

Sisi 4 (melintang)

Tajuk-tajuk Kertas Yang diBentangkan

Ucap Utama :

Wadah Intelektual Tamadun Melayu – Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah (Pengarah Lembaha Muzium Negeri Terengganu)

1. Batu Bersurat Piagam Terengganu, Satu Inskripsi Perundangan Islam Wal Di Malaysia – Prof. Dr Abdullah @ Alwi Hj Hassan (School Of Management Asia E University)

2. Batu Bersurat Piagam Terengganu ; Penangkis Gerakan Islam Melampau di Malaysia – Prof. Madya Dr Rahimi Affandi b Ab Rahim (APIUM)

3. Batu Bersurat Piagam Terengganu : Tarikh Batu Bersurat Terengganu berdasarkan program Astronomi mengesahkan tarikh oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas – Prof. Dr. Muhammad Zainy b Uthman

4. Matematik Melayu berdasarkan Batu Bersurat Piagam Terengganu – Dato’ Prof. Abd Razak bin Salleh (UKM)

Beberapa Komentar

Seminar ini bersungguh-sungguh menyelongkar rahsia yang wujud disebalik batu yang beberapa kali disebut ‘keramat’ ini oleh pembentang. (Nota : perkataan ini boleh membawa kepada syirik). Perlu dicatatkan juga sebuah lagi batu bersurat yang lain dari alam Melayu, yakni Batu Bersurat Kedukan Bukit sudah pun menjadi berhala baharu.

Petikan dari Wikipedia,

“Batu bersurat ini telah dijadikan batu keramat oleh penduduk di tepi Sungai Musi bagi mendapatkan kekuatan semasa mereka berlumba perahu dengan para pendayung dari kampung-kampung lain.”

Sudah masuk tahun ke-3 berturut-turut seminar ini mengkaji asal-usul, tarikh, maklumat dan bermacam-macam dengan batu bersurat ini. Namun saya ingin bersetuju dengan pandangan seorang pembentang yakni Prof. Dr Abdullah @ Alwi Hj Hassan. Kata beliau, “yang penting bukan batu itu, sebaliknya Islam itu sendiri”, beliau merujuk kepada kandungan batu bersurat.

Saya sendiri mengharapkan yang dikaji itu ialah kandungannya yakni beberapa undang-undang Islam yang disebutkan. Dengan catatan dengan kupasan merujuk kepada Al-Qur’an dan hadis.

Sayang seribu-kali saya, boleh dibilang dengan jari berapa potong ayat Al-Qur’an dan hadis dibacakan. Saya tahu dan sedar saya menghadiri majlis yang tidak tepat.

Mengkaji Batu dan Buku

Ini pendapat peribadi. Adalah lebih baik memperuntukkan masa, tenaga, wang dan komitmen kepada teks Islam klasik alam Melayu berbanding batu yang tidak ketahuan asal usulnya.

Lebih-lebih lagi yang dikaji itu ialah tentang agama, budaya, peradaban dan tamadun. Ali bin Thalib radiyallahu ‘anhu berkata,

”Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu karena ilmu adalah agama.” (At Tankil, Al Khatib Al Baghdadi, hal. 121). Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf seperti Ibnu Sirin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain. (Lihat Syarh Shahih Muslim, vol I, hal 14, Sunan Ad Darimi, vol. 1 hal 124).

2 Respons to “Seminar Batu Bersurat 2011”

  1. si takluk jagat Says:

    batu bersurat piagam terengganu mempunyai kaitan dengan akhir zaman dan pasukan panji hitam dari timur…

  2. Mohd Riduan Khairi Says:

    Buktinya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: