Orang Melayu dan Tahyul-Mahyul

Menuduh masyarakat Melayu sebagai bangsa yang kuat percaya kepada perkara tahyul dan khurafat adalah tidak adil. Realitinya kepercayaan kepada hantu dan perkara mistik wujud dalam semua masyarakat dan bangsa. Baik dari belahan Timur hinggalah ke Barat. Jika di alam Melayu ada toyol dan hantu raya, di Eropah pula ada ‘vampire’ dan ‘drakula’. Alam tamadunChinadanIndiajuga tidak sedikit di isi dengan kepercayaan kepada hantu, mistik dan alam ghaib. Bahkan mungkin lebih banyak dari alam Melayu, sehinggakan ada perayaan khusus buat menghalau hantu.

Justeru bolehlah kita katakan, kepercayaan kepada hantu, tahyul dan khurafat wujud dalam semua masyarakat dan tamadun. Hanya sahaja orang Melayu lebih mengenali hantu-hantu Melayu sepertimana orang Cina lebih mengenali hantu-hantu Cina. Ini lumrah.

Tahyul, Khurafat versus Sains dan Teknologi

Semakin moden dan maju sesuatu bangsa dengan mesin dan teknologi, maka kepercayaan terhadap hal-hal tahyul dan khurafat ini semakin kurang. Benarkah begitu? Kenyataan ini ternyata hanya separuh benar.

Bukankah Barat yang dikatakan paling moden dan maju itu ‘fobia’ dengan angka 13 sehinggakan lif-lif hotel dan bangunan tinggi enggan meletakkan aras 13 dan digantikan dengan 13A dan 13B. Juga bukankah bangsa Cina yang menguasai ekonomi dan pakar bisnes itu selalu melarikan diri dari menggunakan angka 4. Apakah kaitan akal yang waras dengan ketakutan pada angka-angka itu?

Sedangkan yang dikatakan sains dan teknologi itu bukanlah dikenal dan ditakrif oleh mesin-mesin ciptaan Amerika  dan Eropah pada abad ke-20 sahaja. Bukankah sekian banyak mesin, alat dan teknik dicipta sudah beribu-ribu tahun dahulu. Dan masih juga masyarakat terpengaruh dengan kepercayaan karut dan tahyul itu. Bahkan dikatakan Plato pernah membuat draf pesawat kapal terbang, nun ribuan tahun dahulu pada zaman Yunani. Itu belum lagi dikutip ciptaan dan penemuan terknologi sarjana Islam. Ternyata masyarakat sudah moden dan maju ribuan tahun yang lalu.

Akibat Jauh dari Ajaran Akidah yang  Benar dan Sahih

Nyatanya, kepercayaan tahyul dan khurafat ini berkait rapat dengan pemahaman terhadap ajaran akidah Islam. Akidah ialah set-set kepercayaan dalam diri manusia. Ia menyusun keyakinan manusia terhadap Tuhan dan alam ghaib. Alam ghaib meliputi alam barzakh/ alam ruh. Hal-hal yang telah berlaku dan hal-hal yang akan datang juga termasuk dalam perkara-perkara ghaib.

Manusia sangat memerlukan akidah yang benar. Sepertimana fasa Nabi Ibrahim mencari agama dari percaya kepada bulan, bintang, matahari hingga menemui Islam. Begitu juga perjalanan sahabat Nabi bernama Salman al-Farisi mencari hidayah dari negara jauh Parsi hingga sampai kekotaMekah. Dari menganut agama Majusi menyembah api, berpindah ke Kristian hinggalah menemui Nabi dan menganut Islam.

Akidah Asas Dakwah Semua Nabi-Nabi

Dalam ajaran Islam, akidah atau set-set kepercayaan ini adalah yang paling penting dan utama. Jika tidak masakan Nabi Muhammad mengambil masa lebih 13 tahun hanya memberi perhatian kepada akidah masyarakat di Mekah. Sedang hukum-hakam seperti arak, judi, zina, riba mencuri dan banyak lain semuanya ditangguhkan oleh Allah hingga sampai di Madinah. Jalan ini tidak ditempuh oleh Nabi Muhammad sahaja selaku penutup segala Nabi, bahkan jalan ini jugalah yang ditempuh oleh semua nabi dan para Rasul bermula Rasul pertama Nuh alaihumussalam.

Demikian dijelaskan panjang lebar oleh Syaikh Prof Dr Rabi bin Hadi al-Madkhali dalam buku beliau Manhajul Anbiya di Da’wahi Ilallah fihil Hikmah wal ‘Aql diterjemah dengan judul Cara Para Nabi Berdakwah.

Namun, sayang seribu kali sayang, tajuk akidah adalah perkara yang paling diabaikan oleh umat Islam. Teks-teks akidah klasik seperti Akidah Tahawiyah (Imam Abu Jaafar Tahawy), Akidah Wasitiyah (Ibnu Taimiyah) atau Syarhu Sunnah (Imam Barbahari) menjadi asing di cuping-cuping telinga umat Islam. Jangankan orang awam, bahkan sebilangan orang agama sendiri tidak mengetahuinya. Begitu juga dengan kitab-kitab Imam Abu Hassan al-Asy’ari seperti al-Ibanah Ushul Diyanah atau Maqalat Islamiyin sudah tidak lagi dibaca dan dikaji, baik di masjid mahupun di dewan-dewan kuliah pengajian tinggi. Sedangkan teks-teks ini merupakan teks klasik akidah yang tahan uji dan sudah direkomendasi oleh sekian banyak ilmuwan Islam selepasnya.

Akibat dari meninggalkan akidah yang benar inilah, umat Islam khususnya masyarakat Melayu mula memasukkan kepercayaan-kepercayaan pelik lagi ajaib ke dalam pemikiran mereka.Adayang percaya bahawa malaikat boleh turun kebumi dan disuruh-suruh oleh manusia melakukan itu dan ini.Adapula yang percaya bahawa roh orang mati boleh balik ke rumah pada malam-malam tertentu selepas kematian. Lucu juga apabila ada orang Islam percaya roh orang mati di dalam kubur boleh naik ke langit dan menyampaikan doa. Apa roh orang mati itu bertukar menjadi posmen?

disiarkan dalam sisipan Mega, akhbar Utusan Malaysia 16 November 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: