Pengenalan Surah Ali Imran

Pengenalan Surah Ali Imran

Mushroom Clouds 3Surah Ali ‘Imran ( آل عمران ) ini mempunyai 200 ayat dan merupakan surah Madaniyyah. Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiranMaryam binti Imran, ibunda kepada Nabi Isa.

Surat Ali ‘Imran mengandungi dalil-dalil dan alasan-alasan untuk membantah kaum Nasrani yang memper-Tuhankan Nabi Isa a.s., menerangkan peperangan Badar dan Uhud, agar kemenangan di peperangan Badar dan kekalahan di peperangan Uhud yang dialami kaum muslimin itu, dapat dijadikan pelajaran.

Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:

اقْرَأُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ شَافِعٌ لِأَهْلِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اقْرَأُوا الزَّهْرَاوَيْنِ، الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا يَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، يُحَاجَّانِ عَنْ أَهْلِهِمَا يَوْمَ الْقِيَامَة

“Bacalah al-Quran, kerana ianya akan menjadi syafaat bagi ahlinya pada hari kebangkitan. Bacalah kamu az-Zahrawain (dua cahaya), al-Baqarah dan al-Imran, maka kerana sesungguhnya ia mendatangi pada hari kiamat seumpama keduanya itu seperti dua awan, dua lindungan atau dua garisan kawanan burung pada hari kiamat dan akan berhujah ke atas ahlinya pada hari kiamat.”

Ada juga yang menyebutkan ia dinamakan sebagai “Az Zahrawaani” (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan sebagainya. Wallahuaklam. 

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa an-Nawas bin Sam’an berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

يُؤْتَى بِالقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدَمُهُم سُورَة الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانُ
“Mendatangi al-Quran pada hari kebangkitan dan ahlinya mereka yang mengamalkannya akan mendahului mereka surah al-Baqarah dan al-Imran.”

An-Nawas berkata, “Nabi saw meletakkan tiga perumpamaan bagi dua surah ini dan tidak melupakan perumpamaan ini semenjak itu. Beliau bersabda,

كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ ظُلَّتَانِ سَودَاوَانِ بَيْنَهُمَا شَرْقٌ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، يُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا

“Akan datang seumpama dua awan atau dua pelindung yang gelap antara keduanya timbul, atau seumpama keduanya dua kawanan burung berbaris, berhujjah kedua-duanya dari sahabat mereka.”

Hal ini juga dirakamkan dalam Sahih Muslim dan at-Tarmidzi meriwayatkan hadis ini, yang mana dia meletakkan Hasan Gharib.

Label: , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: