Archive for the ‘Filem’ Category

Filem hina Nabi; Fatwa dari Syaikh Dr Soleh Fauzan a-Fauzan hafidzahullah

September 20, 2012

Ulama senior di Kerajaan Saudi Arabia, sekaligus anggota Al Lajnah Ad Daimah (komisi Fatwa Kerajaan Saudi Arabia), Syaikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan mendapatkan pertanyaan dalam kajian harian beliau di daerah Malaz Riyadh, “Fadhilatusy Syaikh –waffaqakumullaah-. Pertanyaan yang masuk saat ini banyak sekali. Di antaranya, ada yang bertanya tentang bagaimana nasehat Anda bagi para penuntut ilmu dan juga selain mereka tentang apa yang terjadi saat ini berkaitan dengan film yang menghina Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apa wejangan Anda dalam hal ini?”

Beliau hafizhohullah menjawab,

 

Beliau hafizhohullah menjawab,

Nasehat kami dalam hal ini adalah hendaknya kita tetap tenang dan tidak mengingkari hal ini dengan cara-cara (yang keliru) seperti dengan melakukan demonstrasi, menzholimi orang-orang yang tidak memiliki keterkaitan dengan hal ini, atau sampai merusak harta benda (orang lain). Ini adalah cara-cara yang tidak diperbolehkan. Yang wajib untuk membantah mereka sebenarnya adalah para ulama, bukan orang awam. Para ulamalah yang berhak membantah dalam perkara-perkara ini. Hendaknya kita senantiasa tenang.

Orang-orang kafir sebenarnya ingin mengganggu kita serta memancing amarah kita. Ini yang mereka inginkan. Mereka juga ingin agar kita saling membunuh. Aparat keamanan berusaha menghalang-halangi, sedangkan yang lain (para demonstran muslim) berusaha menyerang, sehingga terjadilah pemukulan, pembunuhan, dan banyak yang terluka. Mereka menginginkan hal ini. Hendaknya kita senantiasa tenang dan bersikaplah tenang. Yang berhak untuk membantah mereka adalah orang-orang yang memiliki ilmu dan bashirah, atau hendaknya mereka tidak perlu dibantah. Orang-orang yang membantah mereka juga tidak boleh disamaratakan.

Ingatlah, dahulu orang-orang musyrik berkata terhadap Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Penyihir, dukun, pendusta” dan perkataan hinaan lainnya. Namun, Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk bersabar. Kaum muslimin ketika itu tidak melakukan demonstrasi di Mekkah, tidak menghancurkan sedikit pun dari rumah-rumah kaum musyrikin, juga tidak membunuh seorang pun. Sabar dan tenanglah sampai Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan jalan keluar bagi kaum muslimin.

Yang wajib dilakukan adalah tenang, khususnya saat ini, di saat munculnya banyak teror dan kejelekan di negeri-negeri kaum muslimin. Wajib untuk tenang dan tidak tergesa-gesa dalam masalah-masalah semacam ini. Orang-orang awam tidaklah pantas untuk menghadapinya. Mereka bodoh, tidak memahami hakikat masalah. Tidak boleh menghadapi masalah ini kecuali orang yang memiliki ilmu dan bashirah.Na’am.

(Fatwa Syaikh Dr. Sholih Al Fauzan- dalam sesi tanya jawab kajian Al Muntaqo (karya Jadd Ibnu Taimiyah) di Masjid Jaami’ Mut’ib bin ‘Abdul ‘Aziz, Malaz, Riyadh, Kerajaan Saudi Arabia pada hari Sabtu, 28 Syawal 1433 H. Soal ini dibacakan setelah adzan ‘Isya dari kajian tersebut)

sumber: http://rumaysho.com/belajar-islam/jalan-kebenaran/4065-menyikapi-film-yang-menghina-nabi.html

Advertisements

Jepun : Satu bangsa dunia

Disember 1, 2008

Bahasa

Prof Emiritus Dr Abdullah Hassan membandingkan orang Jepun dan orang Hawai. Kata beliau, sekira Maharaja Meiji bangkit dari kuburan melihat Jepun hati ini tentu beliau masih dapat mengenalpasti orang Jepun. Yang masih memakai kimono, tunduk ketika memberi salam hormat dan menutur bahasa Jepun. Sebaliknya jika nenek-moyang Hawai, tentu tidak dapat mengenal keturunan mereka. Ini lantaran pertuturan, pakaian dan cara hidup orang Hawai kini sudah jauh berubah.

Jepun membangun dengan mengekalkan bahasanya sebagai sistem pendidikan dan identiti. Ini menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa tanpa bahasa Inggeris sesebuah negara dan bangsa tidak akan maju. Jepun, Korea, Perancis dan China menjadi contoh negara yang menggunakan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan dan ia berjaya.

Produk budaya

Produk budaya dan seni Jepun sering diberi keutamaan sebagai tarikan pelancongan. Walaupun Jepun sebenarnya tidak kalah maju dan moden dari sudut teknologi automobile, marin dan infrastruktur. Pun begitu dalam sesi-sesi memperkenalkan negara matahari terbit ini, Jepun masih memilih pohon sakura sebagai lambing. Sebagai contoh baru-baru ini berlangsung satu pameran ‘Asian Netwotk of Major Cities 21’. j-kamakiri1Ketika kebanyakan negara-negara Asean menggunakan teknologi dan bangunan sebagai tema, Jepun memilih untuk memamerkan kimono (pakaian tradisi), kamakiri (permainan potong kertas) dan shakuhachi (seruling Jepun).

Berbanding Jepun, Taipe memperkenalkan menara tingginya, Menara 101. Apa yang menarik Kuala Lumpur menyediakan replica terowong SMART! Inikah produk pelancongan dari Malaysia?

Begitu Jepun menghargai khazanah dan budayanya, dan mereka juga mahu mengongsikan khazanah itu dengan masyarakat luar. Dimana-mana seluruh dunia wujud yayasan Jepun yang berusaha memperkenalkan budaya Jepun. Prose pen’Jepun’an berlaku di mana-mana. Baik menerusi Doraemon nya, atau Shinchan nya, atau Naruto nya. Tanya makcik-makcik, siapa yang tidak kenal dengan Oshin, atau siri Akantare

Filem

Industri filem Jepun merupakan antara yang paling besar di Asia selepas India dan China. Lagenda filem kita Tan Sri P Ramlee turut dipengaruhi oleh filem-filem dari Jepun. Bahkan beliau sendiri pernah mengadaptasi sebuah filem Jepun ke filem Melayu. Salah seorang pengarah filem yang berpengaruh besar kepada beliau ialah Akira Kurosawa. Beberapa babak filem araha Akira, Rashomon telah diceduk oleh P Ramle menerusi filem Semerah Padi.

Begitu besar dan signifikan industri filem Jepun, sehingga berjaya diberi pengiktirafan di majlis-majlis festival filem antarabangsa. Antaranya di Cannes, Venice dan Berlin. Ini merupakan 3 festival filem paling berprestij di dunia. Antara nama besar yang sering diberi pengiktirafan dari Jepun ialah Akira Kurosawa sendiri. Ini dinyatakan oleh salah seorang jawatankuasa penganjuran festival Venice, dalam satu simposium bersempena Kuala Lumpur International Film Festival 2.

Fitnah ; Apa maksudnya?

April 3, 2008

Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat melayu kita sebagai ‘menuduh secara tidak benar’. Namun perkataan fitnah apabila digunakan oleh al-Quran dan Sunnah tidak pula bermaksud demikian. Perkataan fitnah dalam al-Quran dan Sunnah membawa berbagai maksud. Antaranya; syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Maka ramai ustaz yang tersilap apabila memahami ayat Allah (maksudnya) “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) dengan maksud menuduh orang itu lebih dahsyat dari membunuh. Itu fahaman secara melayu, seperti menyamakan tuak di Kelantan dengan tuak di Kedah. Bukan itu maksudnya, tetapi yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat tersebut adalah ‘syirik’.

Adapun apabila disebut sebagai zaman fitnah ianya bermaksud zaman ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Ianya menjadikan manusia keliru dalam membuat pendirian atau begitu sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud pada waktu tersebut.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin (http://drmaza.com/?p=216)

Berkaitan
http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=100&Itemid=86
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20080403060914/Article/
st-gallery.com/index.php?option=com_content&task=view&id=263&Itemid=1

Ulasan filem Fitna akan menyusul.