Archive for the ‘Kesihatan’ Category

H1N1 dan ‘ubat’nya

Ogos 16, 2009

Setiap hari angka kematian virus H1N1 meningkat. Dunia buat seketika

foto dari Malaysiakini

foto dari Malaysiakini

terhenyak dan kaget. Walapun ini bukan kali pertama penduduk dunia dikejutkan dengan penyakit yang menular. Kita sudah dilanda SARS yang mengakibatkan terjejasnya sebahagian aktiviti ekonomi. Ketika itu saya bekerja di restoran francais di selatan tanah air. Jualan harian restoran francais nombor satu itu jatuh hampir 50 peratus.

Kemudian adanya selesema burung, penyakit kuku dan mulut dan JE. Namun influenza A sangat digeruni kerana keupayaanya untuk menyebar hanya melalui udara pernafasan pesakit.

Penyakit berjangkit yang paling teruk pernah direkodkan ialah Spanish Flu yang melanda pada tahun 1918-1919. Dilaporkan lebih 50 juta manusian menjadi korban wabak ini. Jumlah itu ialah 1/3 penduduk dunia ketika itu (1.6 billion).

Jika H1N1 yang kita lalui hari ini sangat berisiko kepada kanak-kanak, orang tua dan wanita mengandung, sebaliknya Spanish Flu menyerang orang dewasa yang sihat.

Saya melakukan sedikit bacaan dan analisis berkaitan dengan penyakit ini, supaya penduduk dunia boleh mengambil pelajaran dan pengajaran.

HishamudinRaisKonspirasi

1. Saya suka dengan komentar Hishamuddin Rais di Malaysiakini berkaitan punca wabak ini keluar dan dalang-dalangnya. Menurut beliau, semuanya terancang. Pun begitu, bacaan saya lebih menjurus kepada bagaimana menangani dan mengambil iktibar supaya tidak berulang lagi.

2. Sudah banyak juga temubual dan iklan dibuat untuk mendidik masyarakat tentang kaedah mengawal dan mencegah jangkitan. Antaranya menjaga kebersihan, mencuci tangan selepas bersin dan memakai topeng pernafasan bagi mereka yang mempunyai simptom.

Penyakit dan minda

3. TV9 menerusi Nasi Lemak Kopi O pagi ini  menemubual dua orang pakar perubatan berkaitan penularan wabak yang amat ditakuti ini. Perbincangan dua pakar ini sangat mearik perhatian saya. Kerana dari sudut saintifik dan ilmu ia boleh menjadi pegangan.

Prof Dr Muhaya Mohamad merupakan salah seorang dari mereka. Yang

Prof Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya

seorang lagi seorang profeso madya dari UPM.  Sayang, saya tidak sempat mencatat namanya. Antara perbincangan yang menarik:

  1. Badan manusia mempunyai sistem ketahanan (antibodi) yang sangat kuat untuk menangkis serangan virus. Buktinya, setiap hari manusia terdedah dengan macam-macam bakteria, kuman dan virus. Ia disebarkan melalui udara yang tercemar, pergaulan dan haiwan. Namun hanya sebahagian kecil menjejaskan kesihatan manusia.
  2. Virus atau bakteria hanya menyerang individu yang daya tahan (antibodi) nya lemah. Selalunya kanak-kanak,orang tua, wanita mengandung dan mereka yang sedang mengidap penyakit lain. Virus adalah agen, manakala tubuh manusia ialah hos. Hos yang sihat dan kuat berupaya menghalang kemasukan agen (virus).
  3. Satu cara untuk meningkatkan antobodi ialah dengan memakan makanan yangsegar dan berkhasiat. Antara keperluan paling asas dan penting bagi tubuh ialah air yang mencukupi. Sebahagian besar masyarakat Malaysia kurang minum air. Dan dari jumlah air yang diminum itu adalah dari jenis yang kurang berkhasiat, seperti air bergula dan air bergas.
  4. Prof Dr Muhaya menambah lagi, satu lagi faktor utama untuk membentuk antibodi yang kuat ialah dengan minda yang positif. Minda yang selalu risau dan takut akan menjana hormon yang akan menurunkan tahap antibodi. Apabila kita terlalu takut dan risau, maka secara otomatik antibodi kita akan menurun, dan memudahkan serangan virus. Ini dinamakan sebagai plasebo effect.
  5. Yang lebih mengagumkan saya apabila kedua-dua orang pakar ini menegaskan bahawa sesuatu penyakit itu tidak akan sama sekali menular tanpa izin dari Allah.

Bagaimana sikap Islam terhadap penyakit?

Saya ingin menegaskan semula apa yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Sebagai seorang yang beriman dengan Al-Quran dan Rasul, tentu kita mahu mengutip pandangan Kitab dan hadis tentang penyakit berjangkit.

Setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku semuanya adalah atas kehendak dan keizinan Allah. Merebaknya virus ini adalah dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Justeru itu tawakkal kita kepada Allah harus bulat dan terus utuh.

Islam mengajar kita supaya tida pernah putus dari berdoa dengan Allah. Kerana Dia yang memberi penyakit dan hanya dia yang menyembuhkan. Hanya Allah sahaja.

Namun ini tidak bermakna Islam hanya meminta umatnya berserah semata-mata tanpa bertindak. Tawakal itu ialah ‘mengikat unta dan bertawakal kepada Allah’ bukan membiarkan unta itu terlepas dan hanya berserah kepada Allah’ (petikan hadis yang sahih).

Allah melalui lisan Nabi memberikan beberapa saranan menghadapi penyakit berjangkit. Antaranya perintah kuarantin orang yang dijangkiti. Nabi melarang manusia pergi ke kawasan yang dilanda penyakit, dan melarang juga penduduk kawasan yang dijangkit dari keluar dari kawasan itu. Lanjutkan bacaan saudara ke laman berikut untuk hadis-hadis berkaitan penyakit berjangkit. Bacan tambahan.

Advertisements

Makanan Segar vs Makanan Sedap

Disember 15, 2008

Ada orang mati tidak cukup makan. Kebuluran melanda negara seperti Somalia, akibat dari peperangan. Pada negeri begini, ketiadaan makanan menjadi isu utama. Sebaliknya pula berlaku bagi negara-negara yang kaya, aman dan mewah. Punca utama kematian ialah kerana terlebih makan. Terlebih makan menjadi satu penyakit baru bagi negara-negara maju hari ini. Sebahagian besar kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah lebih makan. Ia dinamakan obesiti.

Al-Quran menjelaskan semua haiwan dan tumbuhan yang wujud di atas muka bumi ini halal (dibenarkan) untuk di makan. Dari senarai panjang itu, hanya sebilangan kecil sahaja dikecualikan. Antara yang dilarang dengan jelas ialah bangkai haiwan dan babi. Selain dari itu sekiranya tiada komplikasi dari sudut kesihatan, maka ia dibenarkan.

Namun begitu, dalam bab makanan wujud satu lagi terma selepas halal, yakni baik (toyyiba). Dalam Al-Qurn disebut sebagai halalan toyyiba? Berhubung makanan.Nabi Muhammad (selawat dan salam buat baginda, ahli keluarga dan sabahat) berpesan supaya, hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dalam satu kes yang lain, Nabi menyatakan bahawa perut manusi terbahagi kepada 3 bahagian ; masing-masing satu untuk makanan, minuman, dan udara.

Peri-pentingnya ehwal makanan sehingga ia turut disentuh dengan jelas dalam Al-Quran dan hadith nabi. Justeru menjaga makanan dan cara makan itu merupakan satu dari tuntutan Islam.

Berhubung dengan makanan, satu syarahan perdana pernah diadakan pada tahun 2006 bertempat Dewan Persidangan Usm. Saya sempat menghadiri sessi bertajuk Food and Us’.

Makanan segar vs makanan diproses

1. Makanan segar

Makanan terbahagi kepada dua jenis. Pertama, makanan yang boleh dimakan oleh manusia dan haiwan tanpa diproses. Contohnya buah-buahan, sayuran dan dedaun, dan haiwan. Benar, haiwan boleh dimakan oleh haiwan lain tanpa proses. Seperti harimau memakan kijang, kucing memakan ikan dan tikus, ular memakan katak dan jerung memakan ikan kecil. Ia dimakan secara mentah dan tentunya segar.

Bahkan manusia juga begitu. Sebelum wujudnya teknologi menghidupkan api, manusia makan daging dan tumbuhan mentah-mentah. Setelah cara menghidupkan ditemui, barulah manusia mula belajar untuk memasak makanan. Itupun pada asalnya daging dipanaskan supaya dapat tahan lebih lama. Selain dari menggunakan garam dan direndam dalam wine, api digunakan untuk mengeringkan darah dan air dalam daging. Tujuannya ialah supaya dagingtidak cepat busuk. Memandangkan teknologi penyejukan makanan belumlagi wujud.

Dalam alam melayu, sebahagian menu masakan daging direka supaya tahan lama. Sebagai contoh rendang dan serunding daging. Dua menu ini boleh disimpan sehingga berbulan-bulan lamanya. Beginilah caranya masyarakat tradisi menyimpan makanan tanpa menggunakan peti sejuk.

Makanan masyarakat tradisi

Budaya memakan sayuran dan buah-buahan secara mentah bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan ia bukan sahaja wujud dalam budaya melayu. Dalam budaya melayu, makanan berasaskan tumbuhan mentah dinamakan ulam. Antara yang dikenali ialah ulam raja, pegaga, dan silum.

Kerabu

Satu lagi menu yang sedikit maju berbanding ulam ialah kerabu. Ia sejenis makanan melayu kampung yang menggabungkan beberapa jenis daun-daun yang digaul dan dicampur dengan sedikit garam, gula dan parutan kelapa. Varias kerabu ini pelbagai dari umbut kelapa, buah mempelam hingalah kepada makanan laut. Semuanya disajikan secara mentah, atau paling tidak pun secara separuh masak.

Salad

Budaya makanan tanpa masak juga wujud dalam tradisi orang-orang Eropah dan Barat. Ia dipanggil salad. Ada salad buah-buahan dan ada pula salad sayuran.

2. Makanan yang diproses

Kategori yang kedua pula ialah makanan yang perlu diproses sebalum ianya boleh dimakan. Ada makanan yang hanya perlu diproses sekali sahaja untuk dimakan. Contohnya ubi yang perlu direbus atau digoreng terlebih dahulu sebelum boleh dimakan. Agak sukar kita menemui manusia yang berupaya untuk makan ubi secara mentah-mentah sama seperti kita makan buah atau ulam. Tidak boleh tidak ia mesti dimasak.

Ada pula makanan yang diproses berkali-kali sebelum iaanya boleh dimakan. Contoh pertama ialah nasi. Bermula dari menuai padi dari jerami, kemudian menyisihkan sekam daripadi menjadi beras, dan selepas menjadi beras ia ditanak pula sebelum boleh dimakan.

Contoh lain ialah roti canai. Dari gandum menjadi tepung. Dari tepung diuli-uli sehingga kenyal dan dipetam semalaman. Kemudian hanya selepas dimasak barulah boleh dimakan. Bayangkan berapa banyak proses yang perlu dilalui oleh sekeping roti canai untuk siap di makan.

Kesimpulan yang dibuat pada majlis syarahan itu ialah, makanan kategori pertama lebih sihat untuk dimakan berbanding makanan kategroti kedua.

(Bersambung)

Syarahan Illuminati oleh Dr Sulamian Nordin. Pada bahagian pertama syarahan ini penceramah membentangkan formula makanan sihat. Akan saya catat dalam beberapa ketika.

Forum Pra-Ramadhan

Ogos 29, 2008

Yang memaklumkan majlis ini kepada saya ialah Mohd Isa, seorang mahasiswa pemerhati di APIUM. Berbangsa China, memeluk Islam beberapa tahun yang lalu dan lulusan undang-undang tanpa ‘chambering’. Katanya, undang-undang sivil yang dipelajarinya tidak Islamik. Mohd Isa merupakan salah seorang sahabat yang banyak mendorong saya untuk terus ‘antutias’ dalam menuntut ilmu, walaupun sudah lebih 4 tahun meninggalkan alam mahasiswa.

Moderator : Dr Roslan Md Nor
Panel 1 : Prof Dr. Abdul Halim Mat Diah (Jabatan Sejarah, APIUM)
Panel 2 : Prof. Madya Dr. Zainur Rashid (Hospital IMU, Seremban)

Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Forum pagi ini menampilkan seorang ahli panel lulusan agama (Prof Abdul Halim) untuk mengupas puasa dari sudut hukum syara’. Manakala sorang lagi ahli panel (PM Dr Zainur Rashid) merupakan seorang pengamal perubatan. Beliau mempunyai bidang kepakaran sakit puan dan ibadah ketika sakit.

Puasa dari sudut syara’

Bahagian ini banyak disentuh oleh ahli panel yang pertama dengan memetik ayat fardu puasa dari Surah Al-Baqarah.

Panel kedua membentangkan keringanan-keringanan dalam berpuasa terutamanya kepada umat Islam yang sakit. Beliau memberika beberapa contoh perkara perubatan yang dibenarkan ketika berpuasa. Antaranya penggunaan ‘inhaler’ bagi pesakit athma, ‘eyedrop’dan proses pemindahan darah. Dalam kes-kes perubatan yang lain, menurutnya ia perlu dirujuk kes demi kes. Dalam sesetengah kes, pengambilan ubat boleh dijadual semula mengikut waktu bersahur dan berbuka, manakala bagi kes pengambilan ubat yang kritikal, ia dibenarkan berpandukan nasihat pakar perubatan dan ahli agama. Ini merupakan sebahagan keputusan Seminar Fiqh Perubatan yang disertai beliau pada tahun lepas.

Puasa dari sudut kesihatan

Pada bahagian kedua, beberapa fakta menarik dibentangkan oleh ahli panel.

1. Puasa menyebabkan proses penyahtoksidan berlaku pada tubuh badan.
2. Merehatkan sistem pencernaan. Sekaligus mengurangkan risiko penyakit gastrik, cirit-birit dan migrain. Panelis kedua membuktikan, kes-kes penyakit tersebut mendadak berkurangan pada bulan puasa di hospital dan klinik.

Pun begitu tambah beliau, hikmah kesihatan berpuasa tidak akan bermakna sekiranya umat Islam tidak mengawal pemakanan ketika bersahur dan berbuka puasa. Situasi yang berlaku ialah kita cenderung untuk makan berlebihan ketika berbuka puasa. Beliau menasihatkan supaya juadah berbuka puasa adalah sama seperi juadah makan tengah hari atau juadah makan malam pada bulan-bulan lain.

Puasa juga selain dapat mengurangkan berat badan, dapat meningkatan kebarangkalian untuk hamil kepada wanita yagn kurang subur. Ini kerana kebanyakan kes wanita tidak subur adalah berpunca dari berat badan berlebihan. 50 peratus dari masalah ketidak suburan dapat diatasi hanya dengan berpuasa (mengurangkan berat badan).

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Progran Ijazah Dasar, Prof Madya Dr Sharifah Hayati.

Saya sangat bepuas hati dengan pembentangan oleh ahli panel kedua selaku orang yang pakar dalam bidang perubatan.

Sebaliknya untuk ahli panel pertama, banyak pekara (pada saya) pelu dibaiki untuk menjadikan pembentangan beliau sesuai dengan gelaran professor yang dimiliki. Saya mengharapkan banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi dinukilkan. Juga contoh-contoh ibadah puasa yang dilakukan oleh para sahabat seperti puasanya para sahabat ketika perang Badar (langsung tidak disentuh)dan tentang ibadah yang disunnah kan oleh nabi.

Majlis ditangguhkan tanpa sesi soal-jawab. Seakan menjadi tradisi di sini, budaya bersoal-jawab sangat kontang.

Buku : Pengantar Psikologi Bilazim (1994)

April 24, 2008

Penulis : Ab. Alim Abdul Rahim
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Halaman : 266 mukasurat

Bilazim bermaksud berlainan, luar biasa dan menyeleweng. Ada dua perkara menarik yang saya balajar dari buku ini.

Penyelewengan seks

a. 1. Homoseks / lesbian

b. 2. Fetishme dan patrialisme.

c. 3. Pedofilia. Seks dengan kanak-kanak. Kebanyakan pesakit fedolifia mati pucuk.

d.

Psikosomatik

Penyakit fizikal yang timbul kesan dari konflik psikologi dan kecemasan emosi. Mengikut teori psikosomatik, banyak penyakit fizikal berkait rapat dengan mental dan spiritual (rohani). Ar-Razi (mati 925 M) dan Ibnu Sina (mati 1037M) merawat pesakit rohani selaras dengan penyakit fizikal. Penyakit asma, sakit kepala, ulser dan ketengangan terlampau selalu terjadi tanpa sebab-sebab organik.

Psikosomatik ialah gejala penyakit yang bukan berpunca dari faktor organik. Faham apa itu faktor organik. Contoh selesema ialah satu jenis virus. Jadi ia adalah punca organik. Diabetis berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak betul (lebih karbohidrat dan gula). Jadi ia adalah faktor organik.

Justeru penyakit yang tidak dapat dikenal-pasti puncanya secara klinikal dan biologis itulah disebut sebagai psikosomatik. Psikosomatik ialah satu cabang psikologi bilazim. Psikologi bilazim merangkumi kecelaruan seksual (gay, fetish, rogol, dll), gejala penyalagunaan dadah dan beberapa lagi termasuk psikosomatik. Contoh psikosomatik ialah ulser, migraine dan asma.

Buku : From Boyhood to Manhood ; Men’s Health Issues

Ogos 27, 2007

Penulis : Prof. Peter H. C. Lim & Dr. P. Moorthy
Penerbit : Times Edition
M/surat : 110

Entah kenapa dan mengapa tiba-tiba buku ini yang saya pilih untuk dibaca. Selepas membaca 1515 sebuah karya kreatif dan pada masa ini juga saya sedang menghabiskan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka, jadi saya perlukan sebuah buku yang lebih bersifat akademik tetapi tidak terlalu tebal. ‘From Boyhood to Manhood’ saya jumpa ketika mengemas rak ‘health’ di kedai buku tempat saya bekerja. Dalam masa yang sama mungkin saya boleh menguji keupayaan membaca dalam bahasa inggeris saya.

Buku ini membincangkan proses pendewasaan seorang lelaki dari kanak-kanak (bahkan diceritakan dari bayi lagi) hinggalah ke alam dewasa (tua). Fokus perbincangan buku ini lebih kepada isu kesihatan lelaki dan berlatarbelakangkan sampel dari Singapura. Ini kerana banyak contoh-contoh khusus dirujuk kepada kajian kes di Singapura. (Buku ini dicetak di Singapura dan Kedai Buku Popular ialah syarikat Singapura).

11 sub topik dalam buku ini merangkumi (1) The Growing Boy, (2) Turbulent Adolescene, (3) The Perils Of Being A Young Male, …, (10) Male Incontinence, (11) Male Vanity dan yang lebih penting di akhir buku ini penulis menyenaraikan buku-buku yang dicadangkan untuk dibaca.

Selain memahirkan saya berbahasa inggeris (sebenarnya tidak kerana buku akademik selalunya sarat dengan istilah teknikal), banyak perkara baru yagn saya pelajari dari buku ini. Antara yang suka saya beri perhatian ialah isu kesihatan kelamin lelaki, memperbaiki keupayaan seks dan ‘monopouse’ lelaki. Meskipun ianya tidak dibincangkan secara terperinci, namun pada saya ianya amat memadai tatkala warga lelaki lalai dengan kesihatan masing-masing. Inilah fakta yang segan untuk diakui oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita.

Apapun saya sangat -sangat menyarankan buku ini untuk dibaca. Tapi sayang walau hanya dengan ketebalan 110 muka surat, harganya tidak senipis halamannya ; RM 29.70. Kalau saya, saya takkan beli buku ini, tapi sekarang saya pinjam.

Selamat datang ke Kedai Buku Popular! (<— ini iklan)