Archive for the ‘Novel’ Category

Sastera dari Hamka

Julai 1, 2009

hamka - tenggelamnya

Klik gambar untuk baca rebiu.

Advertisements

Menteri (1976)

Jun 23, 2009

shahnon - menteriKlik gambar untuk baca ulasan

Di Hadapan Pulau (1989)

Jun 22, 2009

Klik gambar untuk baca rebiu.B0893

Sastera : Keluarga Gelilya

Mei 31, 2009

Klik gambar untuk baca rebiu

untitled

Maryamah Karpov

Mac 1, 2009

Saya diherdik kerana mengambil masa yang lama untuk melunasi pembacaan novel ini. Jika kalian membaca kerana ingin tahu akan ceritanya, hanya satu malam diperlukan untuk menamatkan novel  setebal 500 halaman ini. Yang paling tebal dalam tertalogi Laskar Pelangi.

Ibarat memakan sepotong kek yang enak. Saya menjamah Maryamah Karpov dengan teliti dan perlahan sekali. Seperti siput berjalan layaknya. Supaya setiap denai dan tebing saya jejak habis.

‘Cerita Andrea’ tidak saya ragui sejak Laskar Pelangi. Di mana-mana ada cerita, baik besar atau kecil. Saya menjamah Maryamah bukan kerana ceritanya semata. Sebaliknya menghayati bagaimana Andrea melukis kisah peribadinya  menggunakan huruf dan perkataan.

Sinopsismaryamahkarpov1

Maryamaha Karpov : Mimpi-mimpi Lintang merupakan sinambungan kisah hidup Andrea Hirata sekembali dari Perancis. 10 sahabat laskar pelangi berkumpul semula meneruskan misi hidup mereka. Sungguh Ikal (altar ego Andrea) ditakdirkan tuhan untuk melalui begitu banyak peristiwa mencabar. Dari mencabut gigi di klinik gigi hinggalah ke misi menyelamatkan amoi di kepulauan lanun mengalahkan cerita lanun Pulau Karibean. Sungguh!

Ulasan

Ada beberapa bahagian dari novel ini berkisah secara sangat teknikal. Terutama bab Ikal dan laskar pelangi membangunkan perahu yang kemudiannya dinamakan oleh Ikal sebagai Mimpi-mimpi Lintang. Ia dibaca sangat teknikal.

Saya memetik satu rangkap puisi Ikal

Buang yang paling manis dari berani bermimpi

Adalah kejadian-kejadian menakjubkan

Dalam perjalanan menggapainya

Saya sangat merekomen tetralogi ini. Selepas tetralogi Bumi Manusia, inilah bahan yang wajib dibaca oleh pencinta kehidupan.

Maryamah Karpov

Februari 4, 2009

maryamahkarpov1Haha. Kepada peminat-peminat Andrea Hirata di Malaysia jangan marah. Saya sudah mendapatkan naskah edisi Indonesianya. lambat sangat terjemahannya dikerjakan.

Naskah ini dibeli oleh seorang teman baik saya. Jenuh saya rekomen suruh baca buku ini, namun masalah bahasa menjadi halangan. Dia yang sudah terbiasa dengan buku-buku dalam bahasa Indonedia tulen menolak untuk menikmati karya edisi terjemahan. Baru-baru ini dia pergi ke Pekan Baru, Riau. Keempat-empat siri ini dia beli.

Selamat membaca kepada saya.

Baca lagi.

Matt Romeo

Ogos 13, 2008

Saya tidak tahu di mana Matt Romeo berada. Mungkin ‘orang-orang’ Creative Enterprise tahu. Di tangan saya sekarang ini ialah naskah Jantan Romeo. Akibat magis Kandang Cinta Kita. Sayang, tema dan ceritanya tidak memaut saya untuk terus baca hingga ke halaman terakhir. Mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Humornya mengingatkan saya kepada Jibam oleh Ujang. Sememangnya tidak banyak penulis yang punya ‘sense of humor’ yang baik. Di kalangan blogger saya senang sekali menerima humor Mat Jan dan Tok Rimau. Akan tetapi sebenarnya saya paling meminati tulisan Encik Khairul. Saya sekali belakangan ini sudah beberapa tahun blognya jarang dikemaskini. Di Indonesia, saya amat meminati catatan blog Raditya Dika yang memenangi Blog Terbaik 2003. Raditya sudah me’ngompil’ tulisannya dalam empat buah buku (semua saya ada). Naskah pertama antologinya sedang difilemkan. Hebat bukan.

Membandingkan Matt Romeo dan Andrea Hirata? Itu keterlaluan. Masing-masing tidak dinafikan punya kelebihan tersendiri.