Archive for the ‘Puisi’ Category

Puisi Riduan Untuk Anak Othman

Februari 26, 2013

Puisi Riduan Untuk Anak Othman!

Itu puisi Riduan,
Adapun Anak Othman,
Dia tak berkenan,
Katanya persis Sang Mantan,
Dari Indera Kayangan,

Aku bukan Kahil Gibran,
Juga bukan Simatupang, Iwan,
Tidak juga Goenawan,

Yang mengait huruf jadi tulisan,
Memintal awan jadi anyaman,
Indah puitis bak sulaman,

Aku hanya Riduan,
Penyair pinggiran,
Berangan,
Mahu jadi biduan.

Ecececeh. Poorah!

Aku tahu kau hasad kan!

Puisi Dalam Hujan

Februari 25, 2013

480173_10200769108608009_1423800462_nSandakan hujan,
Aku taip puisi dalam hujan,
Hampir 50 barisan,
Tapi facebook memang punya kejahatan,
Semua baris hilang ditelan,

Rupanya itu puisi aku dan Tuhan,
Kepadanya aku pasrahkan,

Dalam facebook ada setan,
Yang membisikkan permusuhan,
Di kalangan orang beriman,

Aku sakit hati tahap gaban,
Rasa nak terbang ke awan,
Macam superman,

Puisi spontan aku hilang tidak berkesan,
Ada korang perasan!

Sempat demklamasi depan Abu Amru Radzi Othman.

Puisi Riduan, dari Skuad Iman dan Pertubuhan Ilmuan.

Puisi : Kusangka BERSIH rupanya JAMBAN

April 27, 2012

mekar kelopak putih haruman

hajat memetik bunga jambangan

dari tuan demonstran jalanan

eloklah memBERSIHkan JAMBAN

di tengah padang ada khemah

di dalam khemah ada pasangan

khabarnya indah  kononnya berhemah

kusangka BERSIH rupanya JAMBAN

Duduk berguru kepalang ajar

Pergi sekolah tak takut rotan

Belajar malas PTPTN tak bayar

Rokok di tangan cangkung di JAMBAN

Puisi Cinta Buat Seorang Guru

Mei 17, 2008

Terangmu bukan bulan

Yang mengambang dan menyabit

Membias sinar matahari

Kemudian hilang selepas malam

Sinarmu bukan matahari

Ada masa cerah kemudian mendung

Sepi di balik awan

Yang hanya terbit pagi

Pasti tenggelam petang

Bukan juga lilin membakar

Yang mudah padam dihembus

Menanti cair dah habis

Tidak seperti pelita malam

Marak ketika bersumbu

Memuntahkan jelaga hitam

Menanti keringnya minyak tanah

Engkau guru adalah guru

Sifu, mahaguru dan cikgu

Yang tetap terang walaupun di tengah malam

Yang tetap bersinar walau awan berarak pekat dan berkepul

Yang tegar membakar diri biar cair

Biar kering minyak tanah

Guruku

Hanya Tuhan mampu membalas jasamu

Setiap hari adalah hari guru

Selamat Hari Guru

Dedikasi buat guru-guru di seluruh Malaysia. Emak dan abah yang menjadi guru paling berpengaruh. Ustazah-ustazah di Taski Kampung Muhibbah, Sungai Siput (U). Cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (Cikgu Noorsiah bt Dalimi, Mr Nathan, Cikgu Adnan dll).

Tenaga pendidik di Madrasah Idrisiah yang dedikasinya sungguh-sungguh. Gaji kalian kecil tapi semangat kalian besar. Untuk cikgu Yaakob, Cikgu Abdul Rahim, Cikgu Najmawati, Cikgu Asmah dan suami Cikgu Ghazali (kemana kalian menghilang?), juga tidak lupa guru-guru yang sudah melangkah ke alam lain (Ustaz Musa, Ustaz Ahmad Nasaruddin dan Ustaz Abdul Rahman).

Pensyarah di Fakulti Sains Komputer UTM. Ustaz dan Ustazah di Pusat Bahasa Arab Kelantan. Teman-teman yang pernah mengajarkan sesuatu kepada saya. Sifu Ainon yang hingga hari ini tidak pernah jemu menitipkan ilmu dan pengalaman.

Setipa hari adalah hari memuliakan guru.

Merah

Disember 10, 2007

Marah itu merah
Merah seperti darah
Marah akhirnya menumpahkan darah

Marah itu selalu bermandi darah
Darah yang tumpah di atas tanah
Dan orang sudah tidak kisah

Marah, marah, marah
Merah, merah, merah
Darah, darah, darah

Ianya sudah membarah