Posts Tagged ‘Islam’

Sejarah Hubungan Muslim & Kristian

Januari 6, 2015

Mohd Riduan b Khairi, Ketua Jabatan Penerbitan iLMU

Hubungan Muslim & Kristian telah bermula sejak detik terawal dakwah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Bahkan selepas menerima wahyu pertama baginda Rasul dibawa oleh Khadijah untuk mendapatkan konsultasi dari seorang ahli Kitab yakni Waraqah bin Naufal.

Kemudiannya kita menemui sejumlah para rahib dan paderi Nasrani memeluk ajaran Islam. Terkenal sekali dalam sejarah Islam, kisah kembara seorang pemuda Nasrani mencari hidayah. Kemudiannya lelaki ini dikenali sebagai salah seorang sahabat Nabi yang kanan dan utama, bahkan dipuji dalam hadith baginda. Itulah Salman Al-Farisi.

Adi bin Hatim at-To’i juga salah seorang sahabat Nabi yang dikenal dalam riwayat tafsir Al-Quran, asalnya juga Adi ialah seorang ketua suku at-To’i di Najd dan beragama Nasrani. Hubungan Kristian dan Muslim terjalin sejak lama. Ahli sejarah mencatatkan bahawa kehidupan rakyat Kristian di bawah kerajaan Islam jauh lebih baik berbanding di bawah kekuasaan Yahudi. Hak-hak Kristian dan non-Muslim yang lain dijaga. Firman Allah,

A040

Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al-Hajj 22: 40)

Titik makar dan onar dalam sejarah peradaban manusia ialah bangsa yang pernah Allah muliakan pada suatu ketika dahulu yakni Bani Israel yang kemudian dikenal sebagai Yahudi. Namun ternyata kemudiannya mereka mengkhianati janji meraka kepada Allah dan para Rasul-Nya, Mereka mendustai para Nabi yang telah Allah utus dari kalangan mereka. Yahudi membunuh Nabi Zakaria dan Yahya. Zakaria yang mengasuh Maryam ibunda Isa Alaihisalam. Dan nyaris Isa juga dibunuh oleh Yahudi laknatullah.

Umat Islam dan umat Kristian jangan terpedaya dengan tipudaya Yahudi memprovokasi mengeruhkan hubungan baik Muslim Kristian yang terwujud sejak sekian lama. Benar ada perang antara kita. Jangan terkeok dan terkecoh kerana sesama Arab sendiri pernah wujud sesiri peperangan yang panjang. Demikian dalam ajaran Islam sendiri ada mazhab khawarij dan Syiah yang menghalalkan darah sesama umat. Dan bukankah juga sesama unat Kristian juga pernah berlaku pertumpahan darah yang dahsyat. Itu tidak lain adalah angkara kelompok yang jahil dan mengikut hawa nafsu. Dan ditengah-tengah itu terpercik api permusuhan lalu ditiup oleh Yahudi lalu bersemarak peperangan.

Sedangkan menurut ajaran agama hanif yang dibawa oleh Khalil Allah Ibrahim Alahisalam, seterusnya Dawud bersama Zabur, Musa bersama Taurat, Isa bersama Injil dan Muhammad Sallallahu ‘Alalihi Wa Sallam; perang itu tidak lain bertujuan mempertahankan keamanan dan menebarkan kedamaian.

Hakikat ini harus dimengerti dan difahami agar dua agama terbesar umat manusia ini tidak dilaga dan diperseterukan oleh musuh Allah. Dan siapakah musuh Allah yang lebih besar selepas iblis laknatullah, kalau bukan Yahudi.

Iblis yang membisikkan kepada Bani Israel untuk membuat lembu dari emas lalu menganggapnya sebagai Tuhan. Iblis yang membisikkan kepada Yahudi untuk memuliakan Nabi Allah Uzair berlebihan lalu mengangkatnya sebagai anak Tuhan. Dan iblis juga yang membisikkan kebohongan bahawa Isa bin Maryam itu adalah anak Tuhan. Walhal tidak pun walau sepatah yang dapat kita temui kenyataan dan pengakuan Isa di dalam Bible bahawa baginda adalah Tuhan. Yang benar lagi tercatat dalam kalam Allah yang terpelihara yakni Al-Qur’an yang Mulia. Firman Allah,

A030

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” (At-Taubah 9: 30)

Maka seruan orang beriman kepada semua anak manusia agar kembali kepada fitrah, kembali kepada agama yang hanif, agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim Alaihisalam. Itulah agama semua para Nabi dan para Rasul yakni berserah diri hanya kepada Allah Yang Esa. Allah Yang Menciptakan Langit tujuh lapis dan Menciptakan bumi tujuh lapis juga. Firman Allah,

A140

Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” (Al-Baqarah 2: 140)

Seandainya ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian kembali menekni Zabur, Taurat dan Injil yang masih ada di tangan mereka, dengan tulus dan ikhlas semata-mata mengharapkan petunjuk kebenaran, nescaya mereka akan menemui secercah cahaya kebenaran. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya,

A029

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Fath 48: 29)

Dari Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baharu (Injil) itu ada banyak sekali petunjuk dan petanda mengarahkan kepada Perjanjian Terakhir (Final Testament). Itulah kitab yang dijanjikan oleh Allah terpelihara ketulenan dan keasliannya dari perubahan dan penyelewengan oleh tangan-tangan jahat manusia. Itulah Al-Quran Al-Karim yang diwahyukan kepada Al-Amin.

Sinar Harian 2 Januari 2015

Krismas dan kisah Nabi Isa dalam al-Qur’an

Disember 24, 2012

Krismas dan kisah Nabi Isa dalam al-Qur’an

Umat Kristian merayakan Krismas pada setiap tahun bagi meraikan hari yang dikatakan sebagai hari lahir Nabi Isa Alaihissalam.

Nabi Isa alaihissalam dicintai oleh dua umat dari dua agama yang berbeza. Umat Kristian meraikan tarikh 25 Disember yang dikatakan sebagai hari lahir Nabi mereka, Isa bin Maryam alaihissalam. Seperti mana kasih dan cintanya umat Kristian kepada Nabi Isa, demikian juga dengan umat Islam.

Al-Qur’an dan Sunnah mewajibkan umatnya untuk percaya dengan benar-benar percaya (beriman) dengan rasul-rasul yang diutus sebelum Nabi Muhammad, termasuk Nabi Isa dan beriman juga dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Qur’an termasuklah kitab Injil yang dibekalkan kepada Nabi Isa.

Bahkan lebih dari itu lagi, umat Islam wajib beriman bahawa Allah akan menurunkan Nabi Isa ke bumi untuk menyelamatkan manusia sebelum berlakunya kiamat. Beliau akan menemani Imam Mahdi menunaikan solat bersama-sama. Ia termasuk dalam bab akidah yang wajib diimani oleh setiap umat Islam.

Jarak zaman Nabi Isa dan Nabi Muhammad lebih kurang 500 tahun. Di antara mereka bedua tidak ada Nabi lain.

Al-Qur’an dan kisah Nabi Isa

Al-Qur’an merakamkan banyak sekali kisah berkaitan Nabi Isa. Antaranya termasuk dalam Surah al-Baqarah, Surah Az-Zukhruf, Surah As-Saf, Surah al-Maidah dan beberapa lagi.

Bahkan ada 2 buah surah dalam al-Qur’an dinamakan berkaitan Nabi Isa, yakni Surah Maryam dan Surah Ali Imran yakni keluarga yang membesarkan ibu Nabi Isa, Maryam.

Jangan Lupa Sambut Hari Raya!

November 18, 2010

Wacana Semut’

Pernah satu ketika umat Islam pernah terlupa menyambut hari raya.

Dikisahkan pada zaman khalifah, umat Islam sibuk dengan perdebatan ilmu. Ketika itu ilmuwan Islam sibuk me’wacana’kan kisah semut yang mendengar kata-kata Nabi Sulaiman. Yang didebatkan tersasar keluar dari batas Al-Qur’an dan Hadith, iaitu ‘apakah jantina semut itu jantan atau betina?’ Akhirnya hari raya berlalu tanpa sempat umat Islam meraikannya seperti yang diperintahkan oleh agama.

Menyambut hari raya adalah perintah agama. Hari ini mungkin kitak menemukan lagi wacana semut yang melalaikan umat Islam dari menyambut hari raya. Namun, kita jangan lupa polemik-polemik lain yang seperti tidak berkesudahan. Ramadhan sudah berlalu, namun kita tidak sempat mengajak manusia bertadarus dan beribadah secara maksikum. Ramai orang Islam dilalaikan dengan perbincangan orang kafir masuk masjid dan doa khutbah Jumaat. Itu belum termasuk perhimpunan agung dan pemilihan parti politik yang bakal berlangsung menjelang hujung tahun ini. Mengapa perlu seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia diheret ke kancah ini.

Tuntutan Hari Raya Aidil Fitri

Meraikan hari raya Aidil Fitri adalah perintah dan tuntuta agama. Sahabat Anas bin Malik yang merupakan pembantu di rumah Rasulullah menceritakan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Madinah sedang penduduknya memiliki dua hari raya dimana mereka bersenang-senang di dalamnya di masa jahiliyah (Hari Raya Nairuz dan Hari Raya Mahrajan). Maka beliau berkata,

‘Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian besenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu yaitu : hari Raya Kurban dan hari Aidil Fitri”. (Hadith Sahih : Rekod Ahmad & Abu Dawud).

Syaikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna menjelaskan,

” Kerana hari Aidil Fihtri dan hari raya Korban ditetapkan dengan syariat Allah Ta’ala, merupakan pilihan Allah untuk mahluk-Nya dan kerana keduanya mengikuti pelaksanaan dua rukun Islam yang agung iaitu Haji dan Puasa, serta didalamnya Allah mengampuni orang-orang yang melaksanakan ibadah haji dan orang-orang yang berpuasa, dan Dia menebarkan rahmat-Nya kepada seluruh mahluk-Nya yang taat. Sebaliknya hari Nairuz dan Mahrajan merupakan pilihan para pembesar pada masa itu. Penyebab ditentukannya hari itu sebagai hari raya buat mereka adalah kerana pada kedua hari itu situasi kondisi, suhu udara dan selainnya dari keistimewaan yang akan sirna. Perbedaan antara dua keistimewaan antara Aidil Fithri dan Aidil Adha dengan hari Nairuz dan Mahrajan sangat jelas bagi siapa yang mau memperhatikannya”. (Fathur Rabbani).

Orang Islam beribadah kepada Allah pada hari raya dengan berbuka dan tidak berpuasa sebagaimana beribadah kepada-Nya dengan berpuasa pada hari¨Chari sebelumnya (bulan Ramadhan). Juga disyari’atkan di dalamnya untuk bertakbir kepada Allah sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala firmankan:

“Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan (puasa) dan bertakbir ¨Cmengagungkan- Allah atas apa yang telah Dia berikan kepadamu agar kalian menjadi orang-orang yang bersyukur”. (Al-Baqarah:185)

Meniru Keraian dan Perayaan Orang Yahudi

Aidil Fitri ialah hari meraikan kejayaan umat Islam berkursus dalam bulan Ramadhan. Namun tidak semua peristiwa dan kejayaan perlu diraikan. Tugas dan tanggungjawab harian seorang Muslim sangat besar ; beribadah, mencari rezeki dan memakmurkan bumi. Oleh yang demikian itu, budaya keraian dan pesta ‘hora-hora’ yang berlebihan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Budaya ini diceduk dari orang-orang Yahudi. Hal ini terakam dalam satu hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Thariq bin Syihab menceritakan bahawa ada seorang Yahudi datang pada Umar bin Khattab lalu mengatakan : “Wahai Amirul Mukminin, anda membaca sebuah ayat dalam Al-Qur’an, seandainya diturunkan pada kami kaum Yahudi, niscaya akan kami rayakan”.

Beliau bertanya: “Ayat yang mana?”

Orang Yahudi itu menjawab: Ayat:”Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Aku ridha Islam itu jadi agamamu“.(Al-Maaidah : 3)

Maka Umar mengatakan: “Demi Allah, aku tahu hari yang diturunkan pada Rasulullah SAW, waktu petang hari Arafah pada Hari Jum’at. (H.R Bukhari dan Muslim).

Manakala Ka’ab pula berkata: “Seandainya ayat ini diturunkan pada selain umat ini, tentulah akan mereka jadikan sebagai hari raya“.

Hari Raya Yang Diada-adakan

Pun begitu perlu diberi catatan, pengaruh perayaan Yahudi dan Nasrani ini telah menyusup perlahan-lahan dalam budaya orang Islam.

Syaikh Muhammad bin Ibrahim Al-Tuwaijiri menjelaskan,

‘Perayan ulang tahun dan acara lain seperti perayaan tahun baru Hijrah (1 Muharam), tahun baru Masehi, malam isra’ mi’raj, malam Nisfu Sya¡’ban, maulid nabi, atau perayaan hari ibu dan acara lain yang banyak dijumpai di tengah-tengah umat Islam, semua perayaan tersebut merupakan bid¡¯ah yang diada-adakan dan tertolak. Siapa yang melakukan, mengakui, dan menyerukan untuk melakukannya, atau menginfakkan hartanya untuk kepentingan perayaan tersebut maka berdosa, dan menanggung dosa orang yang ikut melakukan perbuatan tersebut’. (Terjemahan Ensiklopedia Islam Al-Kamil).

Walaupun sekilas pandang sebahagian perayaan itu nampak baik, sedangkan hal ini langsung tidak pernah diraikan oleh sahabat-sahabat nabi dan generasi awal Islam. Padahal generasi awal lebih mencintai Nabi dan lebih tinggi komitmennya dalam urusan agama seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Islam ibnu Taimiyah “Seandainya hal itu adalah kebaikan tentulah salaf (sahabat, tabi¡¯in dan tabi¡¯ tabi¡¯in) lebih berhak dari kita, kerana kecintaan dan pengagungan mereka pada nabi adalah lebih dari kita dan mereka lebih bersemangat dalam melakukan kebaikan”. (Muhammad Utsman, Raya Dan Hari-hari Penting Dalam Islam).

Mohd Riduan b Khairi
Teratak Muhibah, Taman Danau Desa

Mengapa kita takut Kristian menggunakan perkataan Allah?

Januari 9, 2010

Mengapa kita takut Kristian menggunakan perkataan Allah.

1. Kerana Kristian akan menggunakan perkataan Allah untuk mengajak manusia mendalami Injil dan masuk ke agama ini. Dakwah Kristian banyak menggunakan dari Injil. Terutama ayat-ayat tentang kebahagian, kasih sayang dan jalan selamat menuju surga. Pendakyah Kristian mahu menggantikan kalimah God dari bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu sebagai Allah.

2. Sebaliknya (sebahagian) ustaz dan penceramah (yang suka memakai gelar pendakwah bebas, namun menetapkan harga bayaran dakwah), berdakwah tidak (atau sangat kurang) menggunakan kalam Allah (Al-Quran) atau kata Nabi (hadith). Sebahagian ustaz kita suka meriwayatkan kata-katanya sendiri. Mungkin kerana meraka kurang hafal dalil atau obses dengan hujah dan akal sendiri. Ini bezanya.

Dakyah Kristian guna Bible vs dakwah Islam (Melayu) guna kata-kata peribadi.

3. Lebih menyedihkan lagi, mereka berkempen berpegang kepada kitab fikih dan sarjana Islam, lebih kuat dan teguh berbanding kempen berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

4. Bahkan sangat mendukacitakan, orang-orang yang berdalilkan Al-Quran dan Sunnah pula dikecam sesat, menyeleweng dan Wahabi!

5. Dakwah Kristian menggunakan pendekatan membawa khabar gembira, lemah lembut dan bermuka manis. Walaupun risalah yang meraka bawa itu tidak benar dan telah diselewengkan.

6. Sebahagian pendakwah Islam mula guna pendekatan marah-marah. Hampir dalam setiap ceramah, kuliah dan khutbah, nadanya marah-marah. ‘Orang-orang yang tidak solat diancam masuk neraka“, padahal yang dengar itu semuanya sudah solat. Pendakwah sendiri ‘menghalau’ sasarannya.

7. Sedang metod nabi bagaimana? Itulah, kita harus kembali meneliti ayat Quran dan Sunnah dengan serius. Bagaimana sahabat berinteraksi dengan dalil ini. Begitu juga para tabi’in dan taibi’ tabi’in seperi Abu Hanifah, Malik b Anas, Muhammad Idris dan Ahmad b Hanbal. Mereka semua itu imam kita. Namun kita meninggalkan sikap dan akhlak mereka. Mereka adalah generasi emas, generasi yang dijamin Allah dan Rasul. Merekalah salafussoleh.

Makanya apabila Kristian mahu menggunakan perkataan Allah dalam akhbar mingguan mereka yang hanya terbit seminggu sekali, kita melompat. Di mana fungsi puluhan akhbar dan majalah bahasa Melayu yang dikendalikan oleh orang Islam. Bukankah meraka sangat sedikit sekali memberi ruang kepada kalam Allah dan Rasul.

Friendly Critical Discussion : Shariah dan Budaya

Mac 20, 2009

Panel 1 : Khalid Jaafar

boikot2Saya meminati Pak Khalid Jaafar sejak pertama kali membaca ‘Tumit Achiles‘ nya. Kemudian saya mengikuti idea dan gagasan pemikiran Pak Khalid menerusi artikel beliau melalui beberapa majalah dan laman web dan blog. Seperti yang dicanang-canang, tulisan Pak Khalid membawa pencerahan. Pencerahan bukan bermaksud wahyu atau hidayah atau petunjuk. Sebaliknya perspektif yang baru.

Panel 2 : Salman

Salman pula, seorang pembahas diberi gelar Best Asian Debater. Namun ilmu dan pengalaman beliau sebagai pembahas tidak banyak membantu dalam acara diskusi sebegini. Tradisi berdebat warisan Yunani dan Greek jauh berbeza dengan tradisi dialog dan muzakarah. Justeru itu sepanjang diskusi, seperti acara debat dan bahas yang lain, pendekatan Salman ialah menyerang dan defensif. Sedang kita semua maklum matlamat diskusi bukanlah untuk memenangkan sesiapa ataupun mengalahkan sesiapa.

Saya tidak berminat untuk mengulas inti perbincangan ‘Shariah dan Budaya’. Kerana bak kata moderator mana mungkin kita menjustifikasi perbincangan selama beberapa jam itu, untuk melabel terus yangitu salah dan si anu benar. Ini baru permulaan. Akan ada hujah baru, akan ada hujah tambahan dan maklumat tambahan yang lain. Hanya selepas sesuatu itu diperjelaskan beberapa kali, kemudian barulah kita boleh menilai sejauh mana ketepatab sessuatu maklumat itu.

Hanya yang menarik perhatian saya ialah metod yang diguna pakai oleh kedua-dua panelis ini. Pak Khalid tidak berapa jelas hujung pangkalnya. Beliau bermula dengan baik ketika memberi takrif budaya. Cemerlang. Salman perlu belajar untuk menyusun maklulat dan hujah seperti yang Pak Khalid lakukan pada definisi budaya. Namun apabila memasuki bab shariah, Pak Khalid nampak agak longgar dan cuai ketika memberi takrifan. Beliau hanya memetik definisi menurut bahasa dan definisi yang diberikan oleh At-Tobari (Ibn Jarir At-Tobari).

Manakala Salman pula cuba memuatkan secara sendat isu-isu yang membelenggu seputar permasalan islam dan liberal. Idea dan gagasan Salman itu besar dan pada penilaian saya itu benar, namun dek kerana kerakusan Salman melambakkan isu pada satu sidang diskusi yang singkat akhirnya audiens gagal mengikuti arus perbincangan. Banyak yang hilang arah. Ini terjadi dan audiens sedikit pun tidak menyentuh isu-isu yang dibawakan oleh Salman, begitu juga tiada respons dari Pak Khalid sendiri.

Pun begitu, sebagai permulaan perbincangan ini bermula dengan sangat baik dan harmonis. Soalan dan pandangan dari pendengar sedikit sebanyak membantu pemahaman audinens. Terutama celahan yang dibuat oleh penulis Hafiz Firdaus Abdullah.

Assalamualaikum… maka jawabnya…

September 24, 2008

Buku : Menebar Salam Menuai Sayang
Penulis : Dr. Sa’id Al-Mushrifi
Penterjemah : Masturi Irham & Salafuddin Ilyas
Penerbit : Pustaka Al-Kautsar (2007)
Halaman : 119

Buku ini ialah satu lagi naskah buku yang dipinjamkan oleh Yasin kepada saya. Yasin ialah seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Yasin berasal dari Jakarta. Bagi memenuhi keperluan kewangan, Yasin bekerja secara sambilan di kedai saya.

Buku ini menghurai lafaz salam, ‘Assaalamualaikum’ yang disyariatkan kepada umat Islam. Memberinya sunat, namun menjawabnya fardu. Pahala memberi salam lebih besar berbanding yang menjawab.

Pengarang memetik sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim tentang salam.

Kalian tidak akan masuk syurga, sehingga kalian beriman. Kalian tidak akan beriman, sehingga kalian saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa saying-menyayangi? Tebarkan salam’.

Adab memberi salam

Dalam beberapa lafaz hadith, Nabi Muhammad menggariskan beberapa adab memberi salam.

1. Dari orang yang sedikit kepada orang yang ramai.
2. Dari orang yang berjalan kepada orang yang sedang duduk.
3. Dari orang yang berada di atas kenderaan kepada orang yang sedang berjalan.

Imam Bukhari dan Muslim merekodkan :

Hak seorang muslim kepada seorang muslim yang lain ada 5

1. menjawab salam
2. ziarah orang sakit
3. menghantar jenazah
4. memenuhi undangan
5. mendoakan…(lupa)

Dari Abdullah b Amru, dua orang bertanya kepada nabi, ‘Apa yang terbaik dalam Islam? Jika kamu memberi makan dan menebarkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal

Peranan salam dalalm Islam

Salam menurut penulis ialah berfungsi menyuburkan ikatan persaudaraan (silaturrahim). Salam ialah doa sejahtera kepada saudara kita. Dengan salam, masalah komunikasi dalam keluarga, organisasi dan masyarakat dapat diperbaiki.

Salam juga menepis tanggapan musuh-musuh Islam, bahawa Islam ialah agama kekerasan dan sering dicap teroris. Anjuran salam sesame umatnya membuktikan bahawa Islam mengutamakan kasih-sayang, harmoni dan diplomasi. Kekerasan dan tindakan tegas hanya dilakukan pada saat dan ketika tertentu sahaja.

Pengarang pada awal pendahuluan mencatatkan, bahawa buku ini dikarang dengan segera untuk menjawab tohmahan Islam menganjur keganasan. Hanya dengan menghurai salam dan fungsi  pembudayaan salam, terbukti sebaliknya.

Salam boleh mamadamkan api kemarahan dua saudara. Salam juga boleh memadamkan dendam dan permusuhan lama.