Buku : Buku Kekasih

Penulis : Shaharom TM Sulaiman
Penerbit : Utusan Publications 2004
Halaman : 333 muka surat
Harga : RM 19.00
Buku Kekasih adalah buku tentang buku. Itu ulasan ringkasnya. Shaharom TM Sulaiman menulis beberapa judul tentang buku dalam ‘Siri Kembara Buku Utusan’ nya. Antaranya termasuk Keanehan dan Keunggulan Buku, Ada Apa dengan Buku dan termasuk Buku Kekasih.


Buku ber’genre’ begini sebenarnya ditulis dan disasarkan kepada pencinta buku. Hanya pencinta buku sahaja yang sanggup berhabis duit untuk memiliki dan mempunyai koleksi buku sebegini. Pencinta buku tidak hanya mahu membaca buku yang diminati bahkan mahu memiliki dan terasa nikmat jika sesebuah buku yang baik itu dapat dikongsi bersama yang lain.
Penulis menyingkap sejarah dunia buku dan pembinaan tradisi (bab 1) hingga keunikan dunia buku dan ragamnya (bab 4 ).

Siapa pernah menduga diari harian seorang kanak-kanak (Anne Frank) akhirnya berjaya menggemparkan dunia. Anne Frank : The Diary of The Young Girl merakamkan kisah kekejaman Hitler terhadap bangsa Yahudi dalam Perang dunia ke-2. Seluruh dunia membacanya dan ditrjemah kedalam lebih 30 bahasa. Dan akhirnya seluruh dunia mempercayai kisah Holocoust yang kesahihannya hanya bersandarkan kepada catatan diari seorang kanak-kanak trauma yang belum cukup umur.

Buku juga akhirnya berupaya merubah nasib Joanne Kathleen Rowling (aka JK Rowling) . Sebelum terbitnya novel bersiri Harry Potter, JK Rowling hanyalah seorang janda beranak satu yang tinggal di sebuah pangsapuri sederhana di Ediburgh. Siapa sangka kisah sihir dan jampi masih mendapat tempat dihati pembaca era millenium dan menjadikan wanita ini antara penulis paling kaya di dunia.

Namun sejarah merakamkan, tidak semua penulis buku bernasib baik seperti John Ronald Reuel Tolien (aka JRR Tolken). Walaupun yatim dan piatu seawal usia 12 tahun, namun karyanya diangkat. Tidak seperti Syed Quthb yang terpaksa menyudahkan magnum opus beliau ‘Di Bawah Naungan Al-Quran’ dalam penjara. Jangan juga kita lupa kepada bapak Pramodya Ananta Toer yang menulis ‘Nyanyi Sunyi Seorang Bisu : Catatan-catatan dari Pulau Buru’ sempena dipenjarakan di Pulau Buru selama lebih 10 tahun. Malang bagi bapak Pram, buku-bukunya diharamkan sehinggalah jatuhnya rejim Suharto.

Banyak kisah menarik dimuatkan oleh penulis seputar dunia perbukuan dan keilmuan dalam naskah ini 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: