Fatwa dan Mufti

Januari 25, 2012

Fatwa memiliki kedudukan yang agung, orang yang memberi fatwa mencurahkan fikiran untuk menjelaskan apa yang samar bagi umat tentang urusan agama mereka dan membimbing mereka ke jalan yang lurus. Oleh kerana itu, kedudukan ini tidak mampu disandang melainkan ahlinya.

Lantaran itu Ibnu Manzhur mendefinisikan bahawa fatwa ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti mengenai suatu hukum atau satu keputusan yang dikeluarkan oleh seorang yang faqih iaitu seorang yang berpengetahuan luas dan mendalam di dalam perundangan Islam. (Lisanul Arab)

Ramai ulama’ silam yang masyhur mengarang kitab yang membicarakan dengan panjang lebar mengenai fatwa dan kepentingannya dalam Islam. Ibnu Qayyim al-Jawziyah sendiri menulis I’lam al-Muwaqqi’in ‘An Rabb al-’Alamin sebanyak 4 jilid besar. Antara lain yang menulis subjek yang sama termasuk Imam Qarrafi al-Maliki ; Tamyiz al-Fatawa ‘An al-Ahkam Wa Tasarrufat al-Qadhi, Imam Jamaluddin al-Qasimi ; Fatawa Fil Islam, Ibnu Hamdan al-Hambali ; Sifat al-Fatwa Wa al-Mufti Wa al-Mustafti, Abu Khatib al-Baghdadi ; Al-Faqih Wa al-Mutafaqqih dan banyak lagi.

Dek kerana detil dan terperincinya sesebuat perkara itu difatwakan, adalah tidak adil bagi orang awam dan rakyat biasa untuk menolak dan mengabaikan fatwa itu tanpa sebarang argumen yang wajar. Terlebih lagi apabila fatwa itu dikeluarkan secara rasmi oleh individu atau organisasi yang diberikan otoriti oleh pemerintah.

Isu Wang Zakat dan Saman

Ini merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengenai isu penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pihak pembangkang seperti membakul-sampahkan fatwa ini. Terlebih lagi fatwa ini bukanlah dari akal dan pandangan peribadi Datuk mufti melainkan ia didasari dengan dalil dan dijelaskan oleh ulama’ yang terkemuka.

Oleh kerana suara ulama’ dan agamawan sudah mula dipinggirkan dalam Pas, maka elok juga kita ingatkan sebuah hadis dari sahabat Abu Said al-Khudri,

“Zakat itu tidak halal bagi orang kaya kecuali untuk lima golongan ; (1) amil, (2) seseorang yang membelinya dengan harta miliknya, (3) orang yang berhutang, (4) tentera yang berperang di jalan Allah, atau (5) seorang miskin yang menerimanya lalu menghadiahkan kepada orang kaya.” (Sahih Sunan Abu Dawud)

Imam Muhammad bin Ismail Ash-Shan’ani ketika mensyarahkan hadis ini berkata, “Termasuk mereka juga seseorang yang bekerja untuk kepentingan orang Islam, seperti bidang pengadilan, pemberian fatwa dan pengajaran, walaupun mereka termasuk orang kaya.” (Subulus Salam Syarah Bulughul Maram)

Urusan zakat bukan alang-alang penting dalam Islam kerana termasuk satu dari 5 rukun Islam. Ia termasuk ibadah khusus yang “tawqif” memiliki tatacara yang telahbaku, bermakna ia tidak boleh ditambahi dan dikurangi tanpa berasaskan dalil.

Sesungguhnya di antara kejahatan yang terbesar dalam agama adalah seseorang mengatakan tentang sesuatu bahawa ini halal padahal dia tidak mengetahui hukum Allah tentang itu. Atau berkata tentang sesuatu bahawa ini haram padahal dia tidak mengetahui hukum Allah tentang itu. Sesuai dengan firman Allah,

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebutkan oleh lidah secara dusta ini halal dan ini haram untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengadakan-adakah pembohongan terhadap Nama Allah tidak akan beruntung.” (Surah An-Nahl, ayat 116)

Bukan itu sahaja, Nabi sendiri dalam beberapa hadis mengancam seseorang itu mengeluarkan pendapat tentang Al-Qur’an sesuka hati berdasarkan akal dan nafsu semata-mata. Di dalam Musnad Abdun Hamid, Nabi diriwayatkan berkata,

“Barangsiapa berpendapat berdasarkan pendapatnya dalam masalah yang ada kaitannya dengan Al-Qur’an, maka tempatnya kembalinya adalah neraka.” (I’lamul Muwaqqi’in An Rabbil Alamin)

Begitu juga semulia-mulia dan seutama-utama manusia selepas Nabi Muhammad, sahabat dan mertuanya yang dicintai Abu Bakar As-Siddiq (semoga Allah redha kepadanya) mengatakan, “Langit mana yang akan menaungiku dan bumi mana yang akan membawaku, apabila aku berbicara tentang Kitab Allah tanpa ilmu.” (Jamii Bayaanil Ilmi wa Fadhlihi) 

Justeru kita merasa sangat hairan dengan sikap mereka yang mendakwa diri  berjuang untuk Islam dan mendaulatkan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Namun dalam pada masa yang sama, tindakan mereka bertentangan dengan apa yang mereka ucapkan. Al-Qur’an yang mereka baca tidak lebih dari sekadar bunyi-bunyi indah dari kerongkongan mereka sahaja. Manakala tindakan dan amalan mereka meluncur dan melencong tidak ubah seperti anak panah yang keluar dari busurnya. 

Sikap Pembangkang Terhadap Mufti dan Fatwa

Sikap meminggirkan fatwa bukan sekali ini sahaja berlaku, bahkan sudah berlarutan dan menjadi tabiat yang sukar dikikis.

Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah menceritakan bahawa pihak pembangkang banyak kali tidak menerima fatwa yang dikeluarkan. Ini beliau ceritakan dalam sebuah wacana beberapa bulan yang lalu. Kenyataan beliau itu terbukti serta-merta apabila disambut cercaan “boo” dari majoriti penyokong pembangkang yang hadir. Sudahlah pemimpinnya angkuh menolak fatwa, ahli dan penyokongnya pula tidak berakhlak pada mufti dan orang yang lebih tua. Ibarat kata, “guru kecing berdiri, anak murid berak melompat”.

Bukankah dahulu mereka juga yang melaungkan kalam Allah,

“Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain”. (Surah Al-Baqarah, ayat 85)

Hari ini sepertinya ada yang lupa bahawa di dalam kalam Allah juga memesankan supaya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan ulil amri. Dan para ulama menjelaskan salah satu dari tafsiran ulil amri ialah ulama’. Dan ulama’ telah berfatwa sesuai dengan ayat Allah, sesuai dengan hadis Nabi dan tafsirannya benar mengikut pandangan ulama yang muktabar.

Benarlah apa yang dijelaskan oleh pengarang kitab Dar’ut Ta’arudh An-Naqli Wal Aqli,

“Setiap kali ahli batil berhujjah dengan dalil dari Al-Kitab mahupun As-Sunnah yang sahih untuk membela kebatilan mereka, maka dalil yang mereka gunakan tersebut akan berbalik menyerang mereka.”

Begitulah manusia dan resam dunia. Ia bergulung laksana ombak. Seringkali juga kita melupakan apa yang telah kita perkatakan kepada orang lain. Dan akhirnya akibat kelupaan dan keseronokan kita menunding jari akan kesalahan kepada orang lain, ternyata empat jari yang lainnya berbalik menunding kita.

Kita akhiri dengan merenungkan perkataan Imam Ibnu Qayyim tentang manusia,

“Manusia itu ada empat macam ; yang terbaik di antara mereka adalah yang diberi ilmu dan sikap santun, yang terburuk di antara mereka adalah yang tidak memiliki ilmu dan tidak memiliki sikap santu, …. Maka, sikap santun adalah hiasan ilmu sekaligus menjadi kecantikannya. Lawan dari sikap ini adalah kurang akal, tergesa-gesa, dan tidak memiliki kemantapan.”

Semoga kita semua termasuk dalam golongan manusia yang terbaik itu.

disiarkan dalam Utusan Malaysia Isnin 23 Januari 2012, halaman 9.

dipetik juga oleh : Luahan Hati Melayu

Amal jariah dan menyebarluas peranan YaPEIM – Siti Suriani Othman

Disember 20, 2011

Amal jariah dan menyebarluas peranan YaPEIM

 

dari akhbar Utusan Malaysia 20 Disember 2011
Oleh SITI SURIANI OTHMAN
PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai.

BERSEDEKAH amalan dituntut Islam. Ia bukan hanya dapat membantu golongan memerlukan, bahkan, seperti yang diriwayatkan dalam Hadis Riwayat Muslim, adalah amalan yang tidak terputus hubungannya setelah kematian seseorang selain ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh dan sentiasa mendoakan.

Selari konsep sedekah jariah dalam Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditubuhkan pada 1976 untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat serta program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu mangsa bencana alam.

Dari segi sumber kewangan, YaPEIM menggalakkan individu dan institusi swasta menyumbang sama ada melalui skim potongan gaji atau skim korporat penyayang. Untuk penjawat awam misalnya, kemudahan potongan gaji boleh dibuat setiap bulan dengan potongan serendah RM5.

Syarikat korporat pula boleh menyumbang dengan memilih sendiri badan tertentu yang ingin dibantu dan membantu secara kelompok. Pilihan boleh dibuat misalnya daripada rumah-rumah anak yatim yang ada di negara ini, rumah orang tua atau sebarang bentuk badan kebajikan sukarela atau badan bukan kerajaan yang memerlukan.

Namun, fungsi YaPEIM ini tidak boleh disamakan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pusat zakat memandangkan objektif bantuan tertumpu kepada badan-badan kebajikan dengan tujuan membantu secara kolektif.

Pendek kata, YaPEIM bersedia membantu badan-badan sedia ada yang kekurangan sumber kewangan, berbanding bantuan individu kepada fakir miskin dan anak yatim. Kelebihan ini memberi YaPEIM kekuatan memfokuskan kepada bantuan berbentuk ‘bersama’ dengan harapan dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Buat masa ini, hampir 300,000 penyumbang menyalur dana kepada YaPEIM dalam bentuk sedekah jariah. Dana yang terkumpul disalurkan kepada usaha berbentuk kolektif, yang mungkin membuatkan sesetengah berpendapat wang yang dikumpul ‘tidak menampakkan hasil’.

Namun, pernahkah kita sendiri meninjau kekurangan badan-badan kebajikan persendirian yang dibantu YaPEIM? Bagaimana pula dengan usaha kita sendiri sebagai individu untuk membantu golongan ini?

Jika dikesan usaha ini masih kurang di tahap individu, ada baiknya kita menyokong usaha YaPEIM ini agar terbentuk satu institusi yang bukan hanya membantu sesama Islam, tetapi juga memberi ruang kepada umat Islam sendiri untuk menggandakan pahala dalam menjayakan sedekah secara bersistem yang menjanjikan hasil yang istiqamah kepada yang dibantu.

Di pihak yang bersedekah, ia juga insya-Allah menjanjikan ganjaran yang berterusan. Jika objektif YaPEIM nampaknya luhur, yayasan persekutuan ini nampaknya masih kurang popular sungguhpun di kalangan umat Islam sendiri.

Usaha mengkomunikasikan yayasan ini, menurut Ahmad Tajuddin Idris, salah seorang Pengurus Pemasaran YaPEIM yang datang ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini untuk memanggil lebih ramai umat Islam membantu sesama Islam, komunikasi pemasaran YaPEIM lebih tertumpu kepada komunikasi bersemuka berbentuk ceramah.

Namun, di Semenanjung Malaysia, hanya kira-kira 20 orang pengurus pemasaran terlatih yang perlu turun padang seperti ke universiti, kementerian dan agensi kerajaan lain untuk menjana dana dan meningkatkan jumlah penjana bulanan melalui skim potongan gaji.

Selain itu, usaha mengkomunikasikan usaha murni ini juga terhad kepada penerbitan Buletin YaPEIM dengan kekerapan dua kali setahun dengan sirkulasi 20,000 naskhah setiap keluaran.

Usaha ini adalah antara lain, cuba mewujudkan imagined communities (komuniti diimaginasi) yang cuba membuatkan komunitinya berasakan bahawa mereka wujud dalam sebuah komuniti yang mengkomunikasikan identiti mereka sama ada sesama mereka atau secara global.

Konsep ini diperkenalkan oleh Benedict Anderson, seorang Profesor Emeritus di Cornell University yang terkenal dengan penerbitan bukunya berjudul Imagined Communities, terbit pertama kali pada 1983. Umumnya, konsep ini menyatakan bahawa sesuatu bangsa itu adalah komuniti yang dibentuk secara sosial, hasil daripada imaginasi warganya yang percaya bahawa mereka adalah sebahagian daripada bangsa berkenaan.

Konsep ini berbeza daripada konsep komuniti sebenar kerana hakikatnya, interaksi bersemuka tidak wujud antara warga komuniti tersebut. Misalnya, warga Malaysia merasakan mereka adalah rakyat Malaysia kesan daripada imaginasi kolektif yang terhasil daripada laporan berita oleh media massa.

Natijahnya, kita sendiri tidak mengenali setiap warga Malaysia, tetapi merasakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, kesan yang terhasil lebih berbentuk tautan mental sesama setiap rakyat yang lain. Sambutan Sukan SEA di Jakarta dan kelayakan ke sukan Olimpik adalah contoh terbaru, di mana kita dapat lihat dengan jelas bagaimana imagined communities ini terbentuk.

Dalam konteks menyebarluaskan peranan YaPEIM kepada warga Malaysia, mungkin konsep imagined communities ini boleh digunapakai, dengan mengoptimumkan peranan media massa untuk berterusan mengkomunikasikan kelebihan bersedekah secara bersistem ini yang hasilnya bukan hanya bakal mengutuhkan umat Islam sendiri, malah proses untuk mencapai kekukuhan ekonomi ini akan menjadikan umat Islam mempunyai perasaan ‘mempunyai’ yang lebih kuat sesama sendiri.

Jika imagined communities boleh wujud di kalangan kita ketika perlawanan bola sepak dan ketika temasya sukan dunia, mengapa tidak dalam konteks sedekah jariah sesama umat Islam?

Diskusi Seputar Wahabiyah ; Pengalaman Syaikh Dr Abdul Aziz bin Abdul Latif di Malaysia

November 9, 2011

Diskusi Seputar Wahabiyah

Dipetik dari buku ‘Dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdula Wahhab baina …’ karya Syaikh Muhammad Jamil Zainu rahimahullah diterjemahkan dengan judul ‘Ada Apa dengan Wahabi’.

Syaikh Dr Abdul Aziz bin Abdul Latif menuturkan,

Saya akan sampaikan pengalaman saya ketika berada diMalaysiadalam suatu seminar. Suatu ketika ada salah seorang hakim disanaberkata kepada saya, “Kalian mempelajari akidah Wahabiyah di negeri kalian.”

Saya pun menjawab, mazhab fikih yang diamalkan di Arab Saudi adalah mazhab Hanbali.

Adapun rujukan utama akidah dalam perkuliahan syariah dan usuluddin, yang merupakan program perkuliahan khusus, di mana para alumninya mengajar akidah, adalah kitab Akidah Tahawiyah karya Imam Abu Jaafar Tahawy al-Hanafi, dan syarahnya yang ditulis oleh Imam Ali bin Ali bin Abu al-Izz al-Hanafi. Anda dapat perhatikan bahawa penulisk kitab dan pensyarahnya termasuk di antara ulama mazhab Abu Hanifah, dan hal ini tidka menjadi masalah bagi kami, kerana dalam hal akidah Imam Abu Hanifah tidak memiliki mazhab yang berbeza dengan apa yang menjadi pedoman saudaranya, Imam Ahmad bin Hanbal. Begitu pula Imam Malik, Asy-Syafi’i dna seluruh imam yang lainnya tidak memiliki perbezaan mazhab dengan Imam Abu Hafinah dan Imam Ahmad bin Hanbal. Semuanya adalah satu keluarga besar, kerana sumber ilmu mereka adalah satu. Demikian juga dengan akidah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab.

Seandainya pun ada salah satu dari mereka yang mendatangkan perkataan ahli bid’ah yang menyelisihi firman Allah atau sabda Rasul-Nya atau ijmak kaum salaf, nescaya perkataan itu akan kami campakkan, lalu kami ambil perkataan Allah dan Rasul-Nya, kerana jika tidak demikian, maka bererti kami menawarkan diri untuk mendapat murka dan kemarahan Allah. Sekiranya orang-orang itu mahu langsung merujuk pada ulama Ahlus Sunnah, nescaya permasalahannya menjadi terang dan terbukti bahawa perkataan-perkataan miring itu merupakan hembusan-hembusan dusta yang memiliki tujuan buruk di balik semua itu, serta kamuflase yang menutupi kebenaran yang hakiki.

Saya kemukakan pula, bahawa saya pernah menemui ustaz Abdul Jalil Syabli, direktur penerbitan majalah Al-Azhar, ketika mengajukan disertasi ilmiyah tentang, ‘Pendekatan antara Ahlus Sunnah dan Syiah’, pada tahun 1399H. Lalu berlangsunglah perbicaraan tentang Sunnah dan Syiah. Ia berkata pada saya, “Nasihat saya kepada Anda, janganlah kalian mengambil mazhab satu kelompok kecuali dari kitab-kitab dan terbitan-terbitan yang diakui oleh kelompok tersebut.” Bertahun-tahun saya telah menyangka hal-hal yang buruk terhadap dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Bahkan saya sempat menganggapnya sebagai bagian dari Khawarij.

Setelah saya merujuk langsung kepada kitab-kitab dan terbitan-terbitan mereka, maka menjadi teranglah hakikat yang sebenarnya, dan malam bagaikan siang hari kerana begitu jelasnya. Ternyata selama ini saya keliru, bahawa sebenarnya dakwah Syaikh Muhammad ini adalah dakwah yang menyeru beribadah hanya kepada Allah semata, tanpa ada sekutu bagiNya. Memang berbagai dakwaan dan tuduhan dusta ahli bid’ah yang ditujukan pada sebahagian imam dan mazhab mereka sangat banyak sekali, dan betapa mudahnya mendakwah dan menuduh, akan tetapi yang boleh dijadikan sebagai sandaran adalah perkataan-perkataan jujur dan benar disertai dengan keterangan nyata yang bias dibuktikan keabsahannya.

Orang Melayu dan Tahyul-Mahyul

Oktober 27, 2011

Menuduh masyarakat Melayu sebagai bangsa yang kuat percaya kepada perkara tahyul dan khurafat adalah tidak adil. Realitinya kepercayaan kepada hantu dan perkara mistik wujud dalam semua masyarakat dan bangsa. Baik dari belahan Timur hinggalah ke Barat. Jika di alam Melayu ada toyol dan hantu raya, di Eropah pula ada ‘vampire’ dan ‘drakula’. Alam tamadunChinadanIndiajuga tidak sedikit di isi dengan kepercayaan kepada hantu, mistik dan alam ghaib. Bahkan mungkin lebih banyak dari alam Melayu, sehinggakan ada perayaan khusus buat menghalau hantu.

Justeru bolehlah kita katakan, kepercayaan kepada hantu, tahyul dan khurafat wujud dalam semua masyarakat dan tamadun. Hanya sahaja orang Melayu lebih mengenali hantu-hantu Melayu sepertimana orang Cina lebih mengenali hantu-hantu Cina. Ini lumrah.

Tahyul, Khurafat versus Sains dan Teknologi

Semakin moden dan maju sesuatu bangsa dengan mesin dan teknologi, maka kepercayaan terhadap hal-hal tahyul dan khurafat ini semakin kurang. Benarkah begitu? Kenyataan ini ternyata hanya separuh benar.

Bukankah Barat yang dikatakan paling moden dan maju itu ‘fobia’ dengan angka 13 sehinggakan lif-lif hotel dan bangunan tinggi enggan meletakkan aras 13 dan digantikan dengan 13A dan 13B. Juga bukankah bangsa Cina yang menguasai ekonomi dan pakar bisnes itu selalu melarikan diri dari menggunakan angka 4. Apakah kaitan akal yang waras dengan ketakutan pada angka-angka itu?

Sedangkan yang dikatakan sains dan teknologi itu bukanlah dikenal dan ditakrif oleh mesin-mesin ciptaan Amerika  dan Eropah pada abad ke-20 sahaja. Bukankah sekian banyak mesin, alat dan teknik dicipta sudah beribu-ribu tahun dahulu. Dan masih juga masyarakat terpengaruh dengan kepercayaan karut dan tahyul itu. Bahkan dikatakan Plato pernah membuat draf pesawat kapal terbang, nun ribuan tahun dahulu pada zaman Yunani. Itu belum lagi dikutip ciptaan dan penemuan terknologi sarjana Islam. Ternyata masyarakat sudah moden dan maju ribuan tahun yang lalu.

Akibat Jauh dari Ajaran Akidah yang  Benar dan Sahih

Nyatanya, kepercayaan tahyul dan khurafat ini berkait rapat dengan pemahaman terhadap ajaran akidah Islam. Akidah ialah set-set kepercayaan dalam diri manusia. Ia menyusun keyakinan manusia terhadap Tuhan dan alam ghaib. Alam ghaib meliputi alam barzakh/ alam ruh. Hal-hal yang telah berlaku dan hal-hal yang akan datang juga termasuk dalam perkara-perkara ghaib.

Manusia sangat memerlukan akidah yang benar. Sepertimana fasa Nabi Ibrahim mencari agama dari percaya kepada bulan, bintang, matahari hingga menemui Islam. Begitu juga perjalanan sahabat Nabi bernama Salman al-Farisi mencari hidayah dari negara jauh Parsi hingga sampai kekotaMekah. Dari menganut agama Majusi menyembah api, berpindah ke Kristian hinggalah menemui Nabi dan menganut Islam.

Akidah Asas Dakwah Semua Nabi-Nabi

Dalam ajaran Islam, akidah atau set-set kepercayaan ini adalah yang paling penting dan utama. Jika tidak masakan Nabi Muhammad mengambil masa lebih 13 tahun hanya memberi perhatian kepada akidah masyarakat di Mekah. Sedang hukum-hakam seperti arak, judi, zina, riba mencuri dan banyak lain semuanya ditangguhkan oleh Allah hingga sampai di Madinah. Jalan ini tidak ditempuh oleh Nabi Muhammad sahaja selaku penutup segala Nabi, bahkan jalan ini jugalah yang ditempuh oleh semua nabi dan para Rasul bermula Rasul pertama Nuh alaihumussalam.

Demikian dijelaskan panjang lebar oleh Syaikh Prof Dr Rabi bin Hadi al-Madkhali dalam buku beliau Manhajul Anbiya di Da’wahi Ilallah fihil Hikmah wal ‘Aql diterjemah dengan judul Cara Para Nabi Berdakwah.

Namun, sayang seribu kali sayang, tajuk akidah adalah perkara yang paling diabaikan oleh umat Islam. Teks-teks akidah klasik seperti Akidah Tahawiyah (Imam Abu Jaafar Tahawy), Akidah Wasitiyah (Ibnu Taimiyah) atau Syarhu Sunnah (Imam Barbahari) menjadi asing di cuping-cuping telinga umat Islam. Jangankan orang awam, bahkan sebilangan orang agama sendiri tidak mengetahuinya. Begitu juga dengan kitab-kitab Imam Abu Hassan al-Asy’ari seperti al-Ibanah Ushul Diyanah atau Maqalat Islamiyin sudah tidak lagi dibaca dan dikaji, baik di masjid mahupun di dewan-dewan kuliah pengajian tinggi. Sedangkan teks-teks ini merupakan teks klasik akidah yang tahan uji dan sudah direkomendasi oleh sekian banyak ilmuwan Islam selepasnya.

Akibat dari meninggalkan akidah yang benar inilah, umat Islam khususnya masyarakat Melayu mula memasukkan kepercayaan-kepercayaan pelik lagi ajaib ke dalam pemikiran mereka.Adayang percaya bahawa malaikat boleh turun kebumi dan disuruh-suruh oleh manusia melakukan itu dan ini.Adapula yang percaya bahawa roh orang mati boleh balik ke rumah pada malam-malam tertentu selepas kematian. Lucu juga apabila ada orang Islam percaya roh orang mati di dalam kubur boleh naik ke langit dan menyampaikan doa. Apa roh orang mati itu bertukar menjadi posmen?

disiarkan dalam sisipan Mega, akhbar Utusan Malaysia 16 November 2011.

Perlaksanaan Hudud oleh Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan

Oktober 11, 2011

Ada jamaah yang berdakwah kepada perbaikan hukum, politik dan meminta penegakan hukum had dan penerapan syariat Islam dalam menghukumi manusia. Ini memang masalah penting, tetapi bukan yang terpenting. Kerana bagaimana bisa dituntut penerapan hukum Allah terhadap seorang pencuri dan penzina sebelum diterapkan hukum Allah terhadap orang musyrik?

Bagaimana mungkin akan dituntut penerapan hukum Allah di antara dua orang yang berselisih dalam masalah kambing dan untan, sebelu diterapkan hukum Allah terhadap para penyembah berhala dan kuburan? Juga penerapan hukum Allah terhadap orang-orang yang menyimpaang dalam memahami nama Allah dan sifat-Nya, sehingga menolak makna yang ditunjukkan oleh dalil serta mengubah kalimatnya? Apakah mereka itu lebih berdosa ataukah orang-orang yang berbuat zina, minum arak dan mencuri? Sesungguhnya dosa-dosa ini merupakan perbuatan jelek terhadap para hamba.  Sedangkan syirik, meniadakan nama dan sifat Allah adalah perbuatan jelek terhadap al-Khaliq (Allah). Padahal hak Al-Khaliq haruslah didahulukan daripada hak-hak makhluk.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam kitabnya Al-Istiqamah (1/466) berkata ; “Dosa-dosa seperti ini bila disertai tauhid yang benar, lebih baik daripada kerusakan tauhid yang disertai dosa-dosa seperti ini.”

Demikianlah, ada pula jamaah lain yang menisbatkan diri kepada dakwah, namun berjalan di atas manhaj lain yang menyelisihi manhaj para rasul. Jamaah ini tidak memandang urgensi aqidah, namun hanya mementingkan sisi ritual ibadah dan membiasakan zikir-zikir di atas manhaj Sufi. Mereka mengutamakan ‘khuruj’ (keluar berdakwah dalam jangka waktu tertentu) dan siyahah (pengembaraan). Yang mereka pentingkan adalah mengumpulkan manusia bersama mereka, tanpa memperhatikan aqidah mereka.

Syaikh Dr Soleh Fauzan al-Fauzan, Kata Pengantar Kitab ‘Manhajul Anbiya fid Dakwah ilallah fihil Hikmah wal Aql’ oleh Syaik Prof. Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali. Diterjemah oleh Muhtadin Abrari dengan judul Cara Para Nabi Berdakwah, Pustaka Sumayyah.

Nota : Syaikh Dr Soleh Fauzan al-Fauzan merupakan anggota Haiah Kibaril Ulama’, Komite Fiqh Rabitah Alam Islamiy di Mekah serta anggota Komite Pengawas Duat Haji sekaligus mengetuai Lajnah Daimah lil Buhuts wal Ifta’. Baca lagi di sini.

Hudud: Duduk Sebelum Berlunjur

Oktober 8, 2011
Awal tahun lalu seorang Ahli Parlimen pembangkang pernah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor memulakan proses untuk pelaksanaan syariah di negeri ini dengan pendekatan dakwah dari bawah bukannya terus melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas (Harakahdaily, 17 Januari). Ini rentetan kemelut rampasan beberapa stok minuman beralkohol dari kedai serbaneka.

Ibarat berlunjur sebelum duduk, tindakan yang diniatkan baik akhirnya memberi kesan buruk kepada imej Islam apabila tidak dilaksanakan dengan cara betul.

Orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul meyakini semua perintah kitab suci al-Quran wajib dilaksanakan. Tatkala gawat dengan gejala buang bayi, sumbang mahram, penagihan dadah dan bermacam-macam kerosakan yang lain, ada cadangan drastik supaya hukum Islam yang salah satu daripadanya ialah hudud, dilaksanakan. Terlebih lagi ketika gawat politik.

Orang Islam meyakini wajibnya melaksanakan perintah ALLAH dan Rasul sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Bukan sahaja hudud, termasuk juga hukum-hukum lain seperti yang utama mentauhidkan ALLAH, menjauhi syirik, mentaati pemimpin dalam urusan yang makruf, solat, puasa, zakat, dan hukum-hakam lain yang tertulis.

Lama masa diambil untuk memahamkan sebilangan ahli politik dan sebahagian pejuang yang menyandarkan diri kepada Islam bahawa menegakkan hukum Islam perlu dilakukan secara teratur dan bertahap. Menegakkan perundangan Islam perlu bermula dengan dakwah. Ini yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad, bahkan semua Nabi-Nabi sebelum baginda.

Para intelektual dan sarjana Islam dari zaman awal Islam (salafussoleh) sehingga hari ini telah menyusun sekian banyak makalah dan kitab membincangkan tahapan dan teknik dalam berdakwah. Antaranya termasuk Manhajul Anbiya di Da’wahi Ilallah fihil Hikmah wal ‘Aql (Cara Para Nabi Berdakwah) oleh Syaikh Prof Dr Rabi bin Hadi al-Madkhali dan Al Lin wa Ar Rifq (Lemah Lembut dalam Berdakwah) karya Prof Dr Fadhal Ilahi.

Metod bertahap ini disahkan oleh isteri kesayangan beliau yang juga ibu bagi orang-orang beriman (ummul mukminin) Aisyah binti Abu Bakar (semoga ALLAH reda kepada mereka berdua). Kata Aisyah seperti yang dilaporkan secara sahih,

“Sesungguhnya surah yang mula-mula diturunkan adalah surah pendek yang di dalamnya disebutkan adanya syurga dan neraka, sehingga manusia telah memeluk Islam, maka diturunkan ayat tentang halal dan haram. Seandainya ayat yang pertama kali turun adalah “janganlah kalian meneguk arak” pastilah mereka berkata “kami tidak akan meninggalkan arak selamanya”. Kalau ayat yang pertama kali diturunkan ; “janganlah kamu berzina”, pasti mereka akan menjawab; “Kami tidak akan meninggalkan zina selamanya”. (Hadis Bukhari)

Ilmu sebelum beriman, beramal dan berdakwah

Hadis yang dilaporkan oleh ibunda Aisyah di atas menunjukkan secara tuntas perjalanan atau fasa dakwah Nabi Muhammad. Begitu dengan proses penurunan al-Quran. Ayat-ayat al-Quran fasa Mekah membawa tema dan pendekatan berbeza berbanding ayat-ayat al-Quran di Madinah.

Nabi Muhammad bahkan semua Rasul sebelum baginda diutus membawa risalah paling utama iaitu untuk mengajak manusia mentauhidkan ALLAH dan memurnikan akidah @ keyakinan umat manusia dari perbuatan syirik.

Ketika Jazirah Arab dilanda kerosakan umat, Nabi tidak datang terus membawa undang-undang dan hukuman. Namun Nabi Muhammad yang disifatkan ALLAH sebagai rahmat kepada seluruh alam itu membawa petunjuk dan pendidikan. Ayat-ayat al-Quran yang turun di Mekah sebelum hijrah penuh dengan agenda memurnikan keyakinan dan kepercayaan (akidah) umat manusia yang bergulat dengan syirik.

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menulis satu makalah berkaitan metod dakwah seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Beliau menjelaskan selepas Nabi Adam diturunkan ke muka bumi, anak keturunannya pernah melakukan bermacam-macam kesalahan dan kemungkaran. Namun begitu apabila perbuatan syirik mula muncul barulah ALLAH mengutus rasulnya Nuh Alaihissalam.

Sebilangan pendakwah melihat isu ilmu dan akidah sebagai hal yang kecil dan remeh-temeh. Walhal masih banyak lagi umat Islam yang zahir dan amalannya Islam, namun terlibat dalam perbuatan yang mendatangkan dosa paling besar di sisi ALLAH. Antaranya perbuatan bomoh, sihir, memakai tangkal/ azimat, pelaris perniagaan, pendinding, menganggap keramat tempat-tempat tertentu, menyeru selain kepada ALLAH ketika berdoa dan bermacam-macam lagi.

Apabila diperhalusi ternyata masih ramai lagi umat Islam yang terlibat dengan amalan-amalan syirik. Persis seperti diingatkan oleh baginda Nabi,

“Tidak akan terjadi hari kiamat sampai beberapa qabilah (suku/kelompok) dari umatku bergabung dengan orang-orang musyrik dan sampai mereka menyembah berhala (segala sesuatu yang disembah selain ALLAH)”. (Hadis sahih Abu Dwud, at-Tirmidzi dan Ibnu Mjah) 

Mesej perpaduan

Selepas agenda ilmu akidah dan membasmi syirik Nabi Muhammad berdasarkan hadis-hadis yang dilaporkan memberi fokus dan penekanan kepada isu perpaduan.

Tindakan Nabi yang bijak lagi berhikmah dalam dakwah dapat dilihat dalam satu hadis seperti dilaporkan oleh seorang sahabat berbangsa Yahudi Abdullah bin salam (semoga ALLAH redha kepada beliau), “Wahai seluruh manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambunglah tali persaudaraan, solatlah pada malam hari ketika semua orang sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan damai.” (Hadis Tirmidzi, Ibnu Majah, ad Darimi)

Kembali kepada realiti semasa apa yang diberi penekanan oleh sebilangan orang agama dan pendakwah amat berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan generasi awal Islam. Masyarakat dimomokkan dengan hukum-hukum agama seolah-olah Islam itu datang untuk menghukum semua orang yang berbuat salah tanpa belas dan ihsan. Sepertinya di dalam ‘kamus’ Islam tiada apa yang diistilahkan sebagai ‘ampun’ dan ‘taubat’.

Pengajian akidah yang membuahkan rasa cinta dan takut kepada ALLAH ditinggalkan. Umat lebih disogokkan dengan soal hukum, politik dan undang-undang semata-mata.

Jika hal ini berterusan kita meyakini apa yang disebutkan oleh ibunda Aisyah, umat selamanya tidak akan meninggalkan arak dan zina. Justeru tidak hairan mengapa sekian banyak kempen dan usaha dijalankan oleh pendakwah dan pemerintah tidak membuahkan hasil yang optimum. Kerana kita menyanggahi apa yang telah disunnah oleh Nabi Muhammad dan generasi awal Islam.

Syaikh Husain bin Audah al-Awaiyisyah menulis beberapa hal yang perlu diberikan perhatian dalam menerapkan syariat Islam. Antanya termasuk:

(1) Kepentingan membuat penelitian, pemilihan dan pembahasan ilmiah,

(2) Barang siapa yang mengenal Tauhid Asma’ Wa Sifat dengan sebenar-benarnya maka dia adalah orang yang paling mengetahui masalah berhukum dengan apa yang diturunkan ALLAH, dan

(3) Bagaimana menegakkan hukum ALLAH dan berkonfrontasi dengan aliran-aliran pemikiran yang rosak.

(Kaifa Tahkumu Nafsaka wa Akhlaka wa man Talii Umuurahum bi Hukmillah, Menerapkan syariat Islam dalam diri, keluarga dan orang-orang yang ada di bawah tanggungjawab anda menurut al-Quran dan As-Sunnah)

Memaksakan hukum ke atas masyarakat sebelum pendidikan yang benar diberikan adalah ibarat kata pepatah Melayu, “berlunjur sebelum duduk”. Jangan lagi kita sibuk menghukum si anu kafir atau si anu murtad, sebaliknya lebih baik sibuk dengan majlis ilmu. Berbahagialah mereka yang terpilih oleh ALLAH untuk duduk-duduk dalam majlis ilmu yang menjabarkan isi kitab dan sunnah berdasarkan pemahaman generasi salaf.

disiarkan dalam ruangan Renungan Hujung Minggu, Sinar Harian 8 Oktober 2011.

Ramadan Bulan Kesabaran

Ogos 23, 2011

Sahabat Nabi bernama Abu Sa’id al-Khudri (semoga Allah redha kepada beliau) melaporkan dari Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau)’“Barangsiapa sungguh-sungguh berusaha untuk sabar, nescaya Allah akan memudahkan kesabaran baginya. Dan tidaklah seseorang dianugerahi pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sifat sabar.” (Bukhari dan Muslim)

Ramadan juga dikenali sebagai “bulan kesabaran” seperti yang dilaporkan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (semoga Allah merahmatinya).

Ibadah puasa dalam bulan Ramadan dan sifat sabar mempunyai kaitan yang sangat erat. Jika makna puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, demikian juga definisi sabar.

Allah berkata dalam kitabnya tentang sabar,

“Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang indah.” (Al-Ma’arij ayat 5)

Di dalam kitab tafsirnya Fathul Qadir,  Imam Syaukani (semoga Allah merahmatinya) menjelaskan makna kesabaran yang indah sebagai; menahan diri dari berputus asa, dan menahan lisan dari keluh-kesah, serta menahan anggota badan dari perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Dalam hadis yang lain nabi pernah berkata, “Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa’. (Sahih Al-Jami As-Saghir)

Nabi tidak berkata sesuatu melainkan ia merupakan wahyu atau petunjuk dari Allah.

Dari hadis ini dapat difahami, orang-orang yang berpuasa akan selalu diuji oleh Allah. Ujian-ujian berbentuk makanan dan minuman yang lazat lazimnya dapat ditempuh dengan baik. Selain itu, orang-orang yang berpuasa akan diuji dengan cacian dan makian dari orang lain. Termasuk juga berdasarkan hadis ini ujian dipanggil dengan ‘jahil’ dan ‘bodoh’.

Bagi menangani situasi ini, Nabi menyarankan kita memberitahu, “Saya berpuasa, saya berpuasa”. Tujuan pertamanya bukanlah untuk memberitahu orang yang mencaci kita, sebaliknya ialah untuk memberitahu diri kita sendiri, demi menjaga kualiti pahala puasa kita.

Hubungan Ibadah Puasa dan Ibadah Sabar

Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur’an,

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” (Surah az-Zumar, ayat10)

Ini senada dengan ganjaran yang Allah janjikan kepada orang-orang yang berpuasa. Allah menentukan jumlah ganjaran yang akan diperolehi untuk kebanyakan amal ibadah. Sebagai contoh 10 ganjaran pahala untuk setiap huruf bacaan Al-Qur’an. Begitu juga ganjaran sehingga 700 kali ganda pada orang-orang yang ikhlas bersedekah.

Sebaliknya untuk ibadah puasa, Allah merahsiakan ganjaran yang akan diberikan. Kata nabi dalam satu hadis, Semua amal (saleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan (pahalanya), satu kebaikan (diberi ganjaran) sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.” (Hadis Bukhari & Muslim)

Seorang sarjana Islam Imam Ibnu Rajab al-Hambali (semoga Allah merahmatinya) menjelaskan eratnya hubungan puasa dengan sifat sabar dalam ucapan beliau, “Sabar itu ada tiga macam: (1) sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah, (2) sabar dalam meninggalkan hal-hal yang diharamkan-Nya, dan(3) sabar dalam menghadapi ketentuan-ketentuan-Nya yang tidak sesuai dengan keinginan. Ketiga bentuk sabar ini  terkumpul dalam ibadah puasa, kerana (dengan) berpuasa (kita harus) bersabar dalam (menjalankan) ketaatan kepada Allah, dan bersabar dari semua keinginan syahwat yang diharamkan-Nya bagi orang yang berpuasa, serta bersabar dalam (menghadapi) beratnya (rasa) lapar, haus, dan lemahnya badan yang dialami orang yang berpuasa”(Lataif Ma’arif)

Rukun sabar ada 3. Ini dijelaskan oleh Imam Ibnu Qayyim (semoga Allah merahmatinya) iaitu menahan diri dari sikap murka terhadap ketentuan Allah, menahan lisan dari keluh-kesah, dan menahan anggota badan dari perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Salah satu dari dimensi sabar yang dituntut ketika berpuasa ialah menahan lisan dari keluh-kesah, berkata-kata kotor dan kosong, dan juga mencaci-maki sesame Muslim ataupun mencaci-maki pemerintah Muslim.

Adasebuah anekdot menarik direkodkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya Ash-Sham wa Adab Lisan.

Zaidah bin Qudamah bertanya kepada Mansyur bin Muktamar, “Apabila saya berpuasa, bolehkah saya mencela penguasa?” Beliau menjawab, “Tidak.”

Zaidah bertanya lagi, “Kalau begitu, bolehkah saya mencela hamba hawa nafsu (orang yang mencela penguasa).” Beliau menjawab, “Ya! Boleh.” (juga direkod dalam Al-Hilya oleh Abu Nu’im)

 


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.